Friday, April 8, 2011

~ReFloral ProJect~


Salam dan hai sume. Lama suda aku tak menghapdet benda alah ni, dah bersawang..huhuhu. Ok..ari ni aku nak berkongsi sikit la dengan korang pasal projek group aku untuk subjek MARKETING. Kitorang diarahkan untuk buat/reka 1 produk daripada syarikat yang sedia ada, atau cipta 1 syarikat yang keluarkan produk yang ada kaitan dengan GREEN PRODUCT.

     Ok...cerita tejadinye produk ni camni. 1 malam tu, kitorang 1 kumpulan yang terdiri dari 4 pompuan yg aku letak bukan nama sbenar sbb takot diorang tak suka aku masukkan nama diorang dalam ruangan ni (Caqica, Taiko, Nenek, dengan Kenit) dan sorang laki (aku la tu), bermesyuarat la kt kampus kami. Mula2 kitorang cadangkan untuk buat produk penapis air. Tapi, makin lama kitorang bincang, makin kitorang rasa yang idea tu tak berkesan. Caqica pulak kasi la idea, suro wat bekas alat tulis dari botol plastik. Tapi rasa cam budak sekolah lak kalau buat gitu. So kitorang online mencari idea, dan Caqica pon nampak la bunga yang memang lawa dari botol plastik. So camtu la datangnye idea tu.

     Diorang dituganskan untuk cari maklumat tentang produk tu dan aku pulak kena cari nama syarikat dan nama produk. Entah camne tah aku dapat idea nak letak nama ReFloral ni...hahaha..bila dah terdesak,otak ni akan kasi hasil yang menakjubkan (sape suro wat keje last minit)..hahaha. Nama syarikat ni pon jumpa secara tak sengaja selepas didesak oleh Nenek yang nak cepat siap...hahha..aku hentam je. Dan presentation sume berjalan lancar..ALHAMDULILLAH...

     So sebenarnye aku just nak tunjukkan gambar serta video proses nak buat ReFloral ni je...nak kasi korang sume tengok bertapa LAWAnye produk kitorang ni..hahaha...99.99% buatan tangan..(kecuali pasu tu la..). Mula2 aku nak masukkan video IKLAN produk kitorang tau..almaklumlah..berlakon sendiri..hahaha..tapi takot pulak yang lain ni ngamok...so cancel jela... =_=



Botol yang digunakan 
Proses memotong botol

Proses pembentukan kelopak bunga





Proses mewarna Refloral

  Dan ini lah hasilnye..!!! hahaha...lama tau nak siapkan benda ni.. (=_=')

Dan ni pulak video untuk proses mewarna....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...