Friday, September 13, 2013

| Kenangan KMKN --> A21 - A25 |

Salam sejahtera semua..hohoho..dah macam nak bagi pidato pulak. Thanks again sebab sudi datng kembali ke blog ni. Macam entry-entry sebelum ni, blog ni tempat aku untuk bercerita tentang pengalaman, sejarah, cerita, dan pendapat aku sendiri dari segi pandanga aku la. So segala ketidakpuasan atau sebagainya, harap dimaafi.

Malam ni aku terasa agak lapang, sebab semester baru mula. So tak banyak la kerja yang ada....memang takde langsung pun. Then aku godak-godak segala isi perut laptop ni, terjumpa la segala video dan gambar masa zaman aku di Matrikulasi dahulu. So, cerita kali ni tentang kenangan kat sana la.

Ni la kolej kami, bersama model upahan tempatan..haha
Nama matrik aku ni Kolej Mara Kuala Nerang, ada jugak yang panggil Kolej Matrikulasi Kuala Nerang. Dua-dua bila short-form kan jadi KMKN. Aku mendaftar kat sana tahun 2008 untuk program satu tahun sesi 2008/2009. Kat sana, aku ditempatkan dalam kelas A25, bermaksud jurusan perakaunan kelas ke 25. Kelas paling last, dan paling meriah, paling bising, paling gila...hahahaha. Bila masa untuk kuliah, 5 kelas digabungkan sekali. So kelas aku ni bergabung dengan 5 kelas sebelumnya, A21 sampai A24. Kuliah kami ni total dia dalam 50 orang pelajar, macam-macam ragam..ex-girlfriend aku pun kuliah yang sama..haha.


Aku tak rasa kekok sangat kat sana. Sebab masa kat sana, ada 2 orang lagi pelajar Melaka yang mana budak sekolah aku sendiri...paling best, classmate aku sendiri masa sekolah pun masuk KMKN. Sorang nama dia Marlyana, dia masuk kelas lain, kelas mana pun aku tak ingat dah. Sorang lagi Azah Hanim, entah macam mana kat KMKN ni dia ditempatkan 1 kelas dengan aku...kat sekolah sekelas,kat matrik pun sekelas...tak berkembang langsung, yang kembang just badan kitorang je..hahaha.


 Ni la diorang, yang biru ketot tu Azah, yang merah/hitam/pink gigi putih menyilaukan tu Marlyana. Dua-dua budak kelas aku masa kat sekolah dulu. Marlyana masa kat sana, brutal sikit..kalau gaduh dengan laki, laki yang kalah. Aku panggil dia 'Kepala Besi', kenapa? Biar aku dengan dia je yang tahu..hahaha. Yang aku pasti, ramai la suka dia kat sana..skandal 1 kelas..hahahaha. Yang Azah lak, banyak kot yang aku ingat pasal dia..sebab 1 kelas. Paling aku ingat masa subjek ekonomi. Kat sekolah dulu kitorang takde amik subjek ekonomi. Hari pertama dia belajar, meleleh air mata dia..hahahahahaha.














Geng Setan, dari kiri - aku, Capik, Ijat, Botak


Ok, sambung balik pasal kuliah. Dalam kuliah A21-A25 tu..aku ada la geng rapat. Yang lain pun aku berkawan baik. Tapi yang paling rapat 4 orang ni, aku, Ijat, Capik, dengan Botak. Empat-empat kepala gila, so ada la orang panggil kitorang 'Geng Setan' sebab kenakalan kitorang. Time tu cerita Lagenda Budak Setan takde lagi..so jangan cakap kitorang tiru cerita tu. Ijat budak Johot, Botak dengan Capik budak Kedah. Masa kat sana, kitorang empat-empat ada awek..awek matrik tu jugak..tapi Botak la paling jiwang antara kitorang semua. Tapi peliknya sekarang ni, Ijat je yang kekal dengan awek matrik, kitorang 3 orang lagi lama dah clash.




Kuliah kitorang ni paling banyak buat aktiviti luar kelas. Barbeku, serang rumah cikgu untuk makan free, majlis itu ini. Pendek cerita, ada je aktiviti untuk dibuat. Dan Alhamdulillah la, diorang sporting dan selalu involve ramai-ramai.

Sorry to say la..aku dah hilang arah nak menaip. Tak tahu nak taip ape lagi. Banyak sangat kenangan dengan diorang sampai aku tak tahu nak cerita yang mana. So setakat ni, biar la sampai sini dulu. Aku ada sediakan gambar-gambar kami semua (tak semua la) dan video-video yang aku rakam masa aku belajar kat sana. Sorry for the quality though, time tu camera phone belum canggih macam sekarang ni. Sekian saje la setakat ni, salam.
Cikgu Suraya...wee..wee

The Boys
Kelas A21

Kelas A22

Kelas A23

Kelas A24

Kelas A25
Harap kita semua jumpa lagi.. ^__^


Tuesday, September 3, 2013

| Senior itu Sahabat |

Salam, thanks sebab sudi melawat dan membaca apa yang aku taip ni..hahaha. Ok, macam entry-entry sebelum ni, sudi lagi aku mengingatkan ni adalah ruangan aku untuk berkongsi pengalaman dan pandangan serta cerita-cerita aku sendiri. So kalau ada pape masalah, button 'x' sentiasa terpampang di penjuru atas kanan tetingkap anda.

Kali ni aku nak cerita sikit tentang 'senior-senior' aku kat UiTM KBM ni...senior la sangat..haha.. Kebanyakkan antara diorang ni aku dah kenal even before aku masuk ke KBM ni. Ada yang sama kelas dengan aku masa sekolah menengah, sama-sama belajar masa matrikulasi dulu, ada jugak orang kampung aku (waktu kecik-kecik dulu tak kenal pun..haha) , dan ada jugak la aku kenal lepas masuk KBM ni.

Hampir semua la (or memang betul semua) daripada diorang yang aku kenal ni sebaya dengan aku, lahir tahun 1990. Yang beza cuma diorang masuk KBM ni awal, tahun 2009, dan aku masuk lambat pada hujung tahun 2010.

So sejak masuk ke KBM ni dulu, takde la aku rasa sunyi or keseorangan sangat even masa mula-mula masuk dulu, aku ketandusan classmate. Sebab ada diorang ni yang selalu tolong aku, selalu ajak aku keluar dengan diorang, selalu buat event ajak aku. Sampai ada antara diorang yang ajak aku masuk rumah sewa dengan diorang...so jadi housemate la.

Kadang-kadang aku rasa janggal sikit bila nak join pape aktiviti yang diorang buat. Sebab aku bukan batch diorang, tapi diorang tak kisah. Bawa aku berjumpa dengan kawan-kawan diorang, beraya rumah diorang, bersukan...macam-macam lagi la aktiviti. Terlalu banyak sampai aku tak dapat nak fikir. Sampaikan buku-buku pun kekadang aku mintak diorang je..hahaha..amik kesempatan la sikit...sikit je.

Lepas seronok 3 tahun kat sini, semuanya berubah. Sekarang ni diorang semua dah abis belajar. Dah graduated, just tunggu nk konvo je. So aku rasa lepas ni kehidupan seharian aku kat KBM ni dah takde la semeriah masa diorang ada...sedih la jugak. Sebab diorang ni baik, walaupun senior, tapi diorang tetap kawan.

Itu jela aku nak cerita,kongsi sikit-sikit je.  Yang lain jadi kenangan dan memori. Kalau rasa bosan nanti, ingat la satu-satu...baru meleleh sikit..hahaha. So, harap-harap diorang ni berjaya la lepas ni, jangan malas-malas kerja. Jangan nak duduk rumah je tanam anggur..dah gaji nanti jangan lupa datang Melaka, datang KBM ni belanja aku...wish korang semua goodluck dalam kerjaya masing-masing..thanks atas semua kebaikan yang korang bagi kat aku selama ni..salam.

ps: dalam gambar ni hanya beberapa kerat je...sori..

Wednesday, April 17, 2013

| Gelagat Kami AC220 5A |

Huaarrgghhh...mengantuk sebenarnya aku sekarang ni. Kali ni entry aku lain sikit dari yang biasa. Just nak luangkan sikit masa yang singkat ni.

Sekarang ni aku dalam kelas..makmal komputer actually. Pensyarah tengah khusyuk mengajar kat depan, tapi aku menaip kat belakang ni. Teknik baru untuk melayari bahtera internet. Hanya perlukan muka tanpa perasaan (poker face), mata yang kononnya khusyuk memandang pensyarah, serta jari yang melekat di papan kekunci (keyboard). Oleh itu, jangan la anda sekalian tiru aksi ini, sangat tak sopan sebenarnya..hahaha.

Sekarang jam menunjukkan pukul 11.23pagi. Sedar tak sedar, dah 1 jam kelas ni berjalan. Dengan peratus ke'fokus'an yang semakin turun menjunam, aku tak mampu lagi nak beri perhatian pada ceramah-ceramah pensyarah yang tengah leka bercakap kat depan tu.

Aku pun memandang sekeliling, menoleh ke kiri dan kanan. Tergelak kecil aku taktala melihat gelagat rakan-rakanku yang berbagai ragam. Di sebelah kiri aku, tersergam rakan sekelas yang paling rendah, sedang tidur dengan caranya yang tersendiri. Dengan badan duduk menegak, kepala ditundukkan sedikit, serta tangan menutupi perut boroinya. Sama seperti orang yang sedang solat dalam kedaan duduk di atas kerusi...terasa kagum melihat tekniknya itu.

Lalu aku mengalihkan pandangan dengan memandang kehadapan. Terlihat di barisan paling hadapan, kumpulan "madu-madu". Itu gelaran diberi secara paksa rela, tak perlu dihuraikan disini. Dari pandangan aku tadi, aku cuma ternampak Madu-2 dan Madu-3. Madu ke-3 sedang tekun belajar. Terpaksa mungkin..kerana pensyarah berdiri betul-betul dihadapannya. Dan aku lihat Madu-2 agak kasihan, memandang ke kiri dan kanan dengan matanya yang terkebil-kebil...mengantuk la tu (hahaha). Nampak juga percubaan dia untuk menahan dari menguap secara terbuka, dalam kesian terbit juga rasa lawak...kesian, hahahahaha.

Aku mengalihkan perhatian aku kepada si wakil kelas kami. Juga sedang tidur dengan gaya ala-ala machonya itu. Dengan rambutnya panjang dan mulut terbuka sedikit memperlihatkan giginya yang hampir terkeluar (jangan marah beb), beliau mencuba sedaya upaya untuk berlakon yang kononnya beliau sedang melihat nota-nota yang tersedia bersepah di atas meja..mungkin untuk menunjukkan kepada gadis idaman beliau bahawa gaya tidurnya juga kelihatan bergaya segaya dengan gayanya di kala sedar.

Ku teruskan tinjauan. Terdapat segelintir rakan-rakan yang sedang menelaah pelajaran, tapi bukan untuk kelas ini, tetapi untuk menghadapi ujian yang menghalang kami dari bergembira menanti cuti esok...bukan cuti tu esok, ujian tu yang esok..!

Aku menamatkan peninjauan kerana mata pensyarah mula tertumpu terhadap aku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk kecil tanpa memahami apa yang disampaikan sebentar tadi...sambil jari menaip untuk menghabiskan entry ini.

*tu jela yang aku nak cerita kali ni. Ayat-ayat kat atas tu saja aku tulis bunga-bunga sikit. Sebab kebosanan dan nak hilangkan mengantuk ini. Macam biasa, entry-entry dalam ni hanya cerita,pandangan, dan segalanya tentang aku, bukan tempat aku untuk mengutuk,memaki serta mencaci orang...tu jela untuk kali ni..sekian.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...