Sekarang ni aku dalam kelas..makmal komputer actually. Pensyarah tengah khusyuk mengajar kat depan, tapi aku menaip kat belakang ni. Teknik baru untuk melayari bahtera internet. Hanya perlukan muka tanpa perasaan (poker face), mata yang kononnya khusyuk memandang pensyarah, serta jari yang melekat di papan kekunci (keyboard). Oleh itu, jangan la anda sekalian tiru aksi ini, sangat tak sopan sebenarnya..hahaha.
Sekarang jam menunjukkan pukul 11.23pagi. Sedar tak sedar, dah 1 jam kelas ni berjalan. Dengan peratus ke'fokus'an yang semakin turun menjunam, aku tak mampu lagi nak beri perhatian pada ceramah-ceramah pensyarah yang tengah leka bercakap kat depan tu.
Aku pun memandang sekeliling, menoleh ke kiri dan kanan. Tergelak kecil aku taktala melihat gelagat rakan-rakanku yang berbagai ragam. Di sebelah kiri aku, tersergam rakan sekelas yang paling rendah, sedang tidur dengan caranya yang tersendiri. Dengan badan duduk menegak, kepala ditundukkan sedikit, serta tangan menutupi perut boroinya. Sama seperti orang yang sedang solat dalam kedaan duduk di atas kerusi...terasa kagum melihat tekniknya itu.

Aku mengalihkan perhatian aku kepada si wakil kelas kami. Juga sedang tidur dengan gaya ala-ala machonya itu. Dengan rambutnya panjang dan mulut terbuka sedikit memperlihatkan giginya yang hampir terkeluar (jangan marah beb), beliau mencuba sedaya upaya untuk berlakon yang kononnya beliau sedang melihat nota-nota yang tersedia bersepah di atas meja..mungkin untuk menunjukkan kepada gadis idaman beliau bahawa gaya tidurnya juga kelihatan bergaya segaya dengan gayanya di kala sedar.
Ku teruskan tinjauan. Terdapat segelintir rakan-rakan yang sedang menelaah pelajaran, tapi bukan untuk kelas ini, tetapi untuk menghadapi ujian yang menghalang kami dari bergembira menanti cuti esok...bukan cuti tu esok, ujian tu yang esok..!
Aku menamatkan peninjauan kerana mata pensyarah mula tertumpu terhadap aku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk kecil tanpa memahami apa yang disampaikan sebentar tadi...sambil jari menaip untuk menghabiskan entry ini.
*tu jela yang aku nak cerita kali ni. Ayat-ayat kat atas tu saja aku tulis bunga-bunga sikit. Sebab kebosanan dan nak hilangkan mengantuk ini. Macam biasa, entry-entry dalam ni hanya cerita,pandangan, dan segalanya tentang aku, bukan tempat aku untuk mengutuk,memaki serta mencaci orang...tu jela untuk kali ni..sekian.. =)