Saturday, February 19, 2011

Salam : Hi or Gudbye???

 Assalamualaikum...
    Hari ni takde cerita tentang aku pon...kali ni aku nak bercerita tentang persekitaran. Tentang artikel2 yang banyak tersebar luas mengenai perkataan 'SALAM' daripada perkataan 'ASSALAMUALAIKUM'..

     Sejak beberapa minggu ni,aku asyik perasan je yang ramai mula post sana sini tentang SALAM. Katanya perkataan ni salah,tak boley digunakan. Tapi setahu aku,SALAM bermaksud SELAMAT..aku yang sekolah cina ni pon tau perkataan tu,so aku mula was2 dengan pengetahuan aku. Macam yang aku selalu bagitau,aku bukanlah pakar dalam bab2 agama. So aku pon buat la beberapa kajian sejak bulan lepas.

     Ni antara post yang ada kat FB, katanya jangan lah kita gunakan perkataan SALAM kerana ianya bermaksud SELAMAT TINGGAL. Artilek ni disertakan sekali dengan ayat Quran. Ok...then aku pon mula la search di macam2 website termasuk la kamus bahasa ARAB. Dan hmpir 99% laman web tersebut mengatakan bahawa SALAM bermaksud HAI atau SELAMAT. Dan ianya daripada perkataan ASSALAMUALAIKUM. Korang ley check link ni kalau nak pastikan aku berkata benar http://www.islamic-dictionary.com .

    Aku mula lega...so pemahaman aku sebelum ni adalah betul. Then aku tak berhenti setakat tu. Aku terus mencari dan aku terjumpa 1 komen dari sorang hamba Allah ni yang mengatakan dia belajar bahasa arab. Katanya :
"Salam means hi but malak has couple of meanings. 
And you said it wrong. Its means Goodbye, or see you later,
Or Peace Be with you ( which is bismiallah ) so thats not it.
It means Good bye.."

     So aku mula paham. Yang perkataan SALAM ni akan berlainan maksud apabila kita salah menyebut. Tapi korang kena ingat,itu dalam bahasa arab. Mengikutnya lagi, perkataan SALAM boley digunakan kalau kita memaksudkan SEJAHTERA dan bukannya SELAMAT TINGGAL. Contoh macam perkataan melayu sendiri. Kita amik la perkataan SEPAK sebagai contoh. Kita boley katakan sepak adalah PENAMPAR atau TENDANG (bola sepak). Perkataan tersebut akan berlainan makna kalau kita cuba maksudkannya dengan makna yang lain...betul tak?

     Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini,kalau ada sesuatu benda yang baru bagi korang,janganlah mudah percaya. Selidik betul2 dulu,sampai korang bpuas ati dengan keputusannye. Jangan main telan je ape yang orang bagi,tapi kita tak tau betul salah. Maybe entry aku kali ni akan ada banyak kesalahan,aku alu2kan sebarang teguran dari korang. Dan sebarkan lah nasihat2 ni kepada rakan2...same ada korang share ataupon secara lisan. Perkataan SALAM boley digunakan kalau kita tau makna dan kita maksudkan perkataan tersebut dengan makna yang betul....thanx to HAMBA ALLAH sebab bagi penerangan kat aku supaya aku mampu tulis entry ni...salam..(selamat tinggal =) )
     

Sunday, February 13, 2011

A.C.A.B

Hi sume...thanks sebab sudi luangkan masa ntuk baca cerita aku yang tak seberapa ni.. =P
Kali ni aku nak cerita tentang Aku Cinta Aku Benci ( A.C.A.B)......

     Semua manusia tak sempurna..tol tak? Termasuk la aku,sebab aku cuma manusia biasa yang hidup di muka bumi ni. Kali ni aku cuma nak sampaikan pesanan kepada korang yang membaca. Hari ni Hari Valentine..jangan la korang sambut,klu terdesak sangat pon nak hargai pasangan korang, cari la tarikh lain..amik la 22 Februari ke (besday aku)...hahaha..

     Orang2 yang tengah sangap bercinta,bagi diorang sume best. Sekali lagi aku nak sampaikan,aku tak bercerita pasal AGAMA, sebab aku bukan orang yang sesuai, kalau sekadar nak sampaikan pesan sikit2 tu,boley r.. OK, sambung balik. Tapi kalau korang nak bercinta, jangan la buat perkara tak elok. Contohnye, ada orang yang sanggup menipu hanya untuk dapatkan orang yang dia suka. Tak COOL la beb...nanti kalau korang kawin, anak2 korang tanye "macam mana mama ley bercinta dengan papa??" takkan korang nak jawab "mama tipu bf mama dulu sebab nakkan papa korang" bodo gila kalau ada orang sanggup jawab gitu. Then dah tentu la korang kena menipu lagi kan? So pendek kata...sampai masa kubur panggil korang pon korang akan terus menipu...

     Bagi aku pulak..aku pernah cuba macam2 cara nak dapatkan mereka yang 8 orang yang lepas tu..hahaha. Paling best, masa aku nak couple  dengan si dia yang ke-7..kitorang kenal masa aku belajar kat matrik dulu. Dia ni kalau aku ada je,mula r melenting..haha..macam kucing dengan anjing.. walaupon selalu gado,aku selalu cakap kat dia,"nanti bila aku dah takde,mesti kau rindu kat aku.." haha...dia asyik nafikan je. Sampai la kitorang abis belajar,perangai memang tak berubah..gado je. Then time nak masuk U amik ijazah, kitorang mesej la...dan dia gitau aku yang dia RINDU kat aku!!!!! hahaha...kan aku dah cakap..

    Hmm...sekarang ni aku dah takde gf dah..(bukan nak simpati or promote ok!!) Tapi aku tak benci sorang pon antara mereka. Sampaikan hal yang berlaku baru2 ni pon aku tak amik hati..dimana kes Si Dia yang ke-8 ni tipu aku..kalau tipu sikit2 takpe..ni sejak sebelom couple lagi dah tipu..lantak kau la.. Kalau sebelom ni,aku still lagi berharap nak kembali dengan dia,sebab tu aku biarkan je. Tapi sekarang aku dah taknak,so aku jadilah kejam sikit ntuk sedarkan dia...aku cuma nak semua 'Si Dia' ni jadi orang yang baik2. Bagi yang ke-8 ni,taubat la...tak payah la nak ego sangat dengan aku,dah tau buat salah,datang je mintak maaf...bukannye aku nak potong kau buat gulai lemak...

         Aku nak kongsi 1 kata-kata hikmah ni gengan korang...aku dapat ni masa aku tengah tengok wakil2 rakyat bergado kat parlimen..hahaha...dah tua2 pon nak gado...pelik tol aku dengan parlimen sekarang...bunyi dia macam ni:

Janganlah kita jadi seperti POHON  BERLEBAH,    bila pokok itu dibaling batu,kita bagi lebah.Tapi jadilah kita seperti POHON  BERBUAH, apabila pokok itu dibaling batu,kita hadiahkan buah untuk kebaikan orang lain.

        Paham2kan la ayat di atas tu je...Sebenarnye aku nak tulis 1 cerita ala2 novel berdasarkan cerita sebenar...tapi nanti la ye aku tulis lagi..hahaha...sok aku de test ni..tu sebab malas nak taip panjang2...tata~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...