Hari ni takde cerita tentang aku pon...kali ni aku nak bercerita tentang persekitaran. Tentang artikel2 yang banyak tersebar luas mengenai perkataan 'SALAM' daripada perkataan 'ASSALAMUALAIKUM'..
Sejak beberapa minggu ni,aku asyik perasan je yang ramai mula post sana sini tentang SALAM. Katanya perkataan ni salah,tak boley digunakan. Tapi setahu aku,SALAM bermaksud SELAMAT..aku yang sekolah cina ni pon tau perkataan tu,so aku mula was2 dengan pengetahuan aku. Macam yang aku selalu bagitau,aku bukanlah pakar dalam bab2 agama. So aku pon buat la beberapa kajian sejak bulan lepas.
Ni antara post yang ada kat FB, katanya jangan lah kita gunakan perkataan SALAM kerana ianya bermaksud SELAMAT TINGGAL. Artilek ni disertakan sekali dengan ayat Quran. Ok...then aku pon mula la search di macam2 website termasuk la kamus bahasa ARAB. Dan hmpir 99% laman web tersebut mengatakan bahawa SALAM bermaksud HAI atau SELAMAT. Dan ianya daripada perkataan ASSALAMUALAIKUM. Korang ley check link ni kalau nak pastikan aku berkata benar http://www.islamic-dictionary.com .
Aku mula lega...so pemahaman aku sebelum ni adalah betul. Then aku tak berhenti setakat tu. Aku terus mencari dan aku terjumpa 1 komen dari sorang hamba Allah ni yang mengatakan dia belajar bahasa arab. Katanya :
"Salam means hi but malak has couple of meanings.
And you said it wrong. Its means Goodbye, or see you later,
Or Peace Be with you ( which is bismiallah ) so thats not it.
It means Good bye.."
So aku mula paham. Yang perkataan SALAM ni akan berlainan maksud apabila kita salah menyebut. Tapi korang kena ingat,itu dalam bahasa arab. Mengikutnya lagi, perkataan SALAM boley digunakan kalau kita memaksudkan SEJAHTERA dan bukannya SELAMAT TINGGAL. Contoh macam perkataan melayu sendiri. Kita amik la perkataan SEPAK sebagai contoh. Kita boley katakan sepak adalah PENAMPAR atau TENDANG (bola sepak). Perkataan tersebut akan berlainan makna kalau kita cuba maksudkannya dengan makna yang lain...betul tak?
Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini,kalau ada sesuatu benda yang baru bagi korang,janganlah mudah percaya. Selidik betul2 dulu,sampai korang bpuas ati dengan keputusannye. Jangan main telan je ape yang orang bagi,tapi kita tak tau betul salah. Maybe entry aku kali ni akan ada banyak kesalahan,aku alu2kan sebarang teguran dari korang. Dan sebarkan lah nasihat2 ni kepada rakan2...same ada korang share ataupon secara lisan. Perkataan SALAM boley digunakan kalau kita tau makna dan kita maksudkan perkataan tersebut dengan makna yang betul....thanx to HAMBA ALLAH sebab bagi penerangan kat aku supaya aku mampu tulis entry ni...salam..(selamat tinggal =) )
Salam, intresting, banyak sangat information sekarang nie, sampaikan kita pun jadi ragu-ragu dan kadang kadang tak tahu mana btul dan mana salah.
ReplyDeleteAl-Isra' 17:36 | Dan janganlah kamu mengikuti apa yag kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungan jawabnya.