Tuesday, February 14, 2017

|| Kali Pertama Bercinta ||

Salam semua. Lama gila tak masuk blog ni. Last post 2014..!! 2014!! Kali ni aku tiba-tiba teringat pasal cerita dulu-dulu. Cerita masa aku pertama kali merasa ber'couple'..hahaha. So saja je la nak kongsi sikit.

Macam biasa, blog ni tempat untuk aku bercerita, kongsi pendapat dan pandangan aku sendiri. Kalau tak berkenan dengan penulisan aku, simbol 'x' sentiasa tertera di skrin tetingkap anda.

  Disember 2007, selepas SPM. Aku berkerja di sebuah pasaraya di Batu Berendam, Melaka. Pasaraya Bintang nama dia, sekarang ni pasaraya tu dah tak wujud...dah digantikan dengan Pasaraya Giant. Kalau anda pernah ke Pasaraya Giant Batu Berendam atau Pusat Karaoke Alibaba kat situ, itulah Pasaraya Bintang dulu.

  Aku ingat lagi masa aku pergi temuduga kat situ, walk-in je. Tanpa sebarang resume dan sijil. Masa tu ramai yang datang temuduga, masa tu aku tak tahu lagi yang mereka ni akan menjadi beberapa perkara penting dalam kehidupan aku sampai sekarang..dan masa tu juga aku kenal si dia ni.

  Ok, kita skip part tu. Itu nanti aku cerita..sekarang topik pasal si dia ni. Dipendekkan cerita, aku dapat kerja tu, as a cashier. Si dia ni pun cashier juga. Untuk 3 hari, kami diberikan latihan..jadi assistant untuk cashier yang sedia ada. So belajar la macam mana nak jadi cashier tu. Hari pertama kerja, mak aku yang hantar dan ambil untuk pulang ke rumah. Habis waktu kerja di hari pertama tu, aku tunggu mak di luar pasaraya. Ternampak la juga si dia ni, pun tunggu mak dia ambil. Aku beranikan diri berbual, dia jawab je. Masa tu juga la aku suka kat dia.

  Tapi since aku tak pernah bercinta sebelum ni, aku tak reti nak usha orang. Si dia ni pula, ada geng kat sana...4 orang. So susah sikit nak berbual, jadual kerja pun lain. Tapi waktu cuti kami sama..tu jela yang best..ahhahaha.

  Nak dijadikan drama sikit (tapi ni cerita betul), dalam bulan Januari 2008 ada sorang perempuan ni masuk kerja..pun cashier juga. Satu hari tu, aku habis kerja waktu malam, dan budak baru ni pun habis sama waktu dengan aku. Aku ajak dia balik sama-sama. Sebabnya rumah kitorang satu hala, tapi aku dengan motor aku, dia naik motor dia la. Then dalam perjalanan tu, aku ajak singgah kedai burger sebab...aku nak makan burger..tu je. Then dia pun order, dan aku bayarkan..pastu sambung perjalanan balik.

  Keesokan harinya, aku masuk shift petang. Tibanya kat kaunter yang aku kena jaga, aku terdengar cerita yang aku menyakitkan hati aku. Budak perempuan semalam tu cerita kat orang yang aku ajak dia balik, belanja dia makan...dan aku suka dia. Then paling tak best, bila dia cakap kat orang aku ni bukan taste dia. Oh my, aku macam nak menyumpah masa tu.

  Seminggu aku tak bercakap dengan orang-orang sana. Seminggu je..kenapa seminggu? Hahahahaha..sebab si dia yang aku suka ni datang dan tanya

"Mel, kenapa aku tengok kau diam je? Kitorang semua tak berani nak tegur."

Cair beb...dalam ramai-ramai orang, dia je yang datang dan tanya 'kenapa?' hahahahahahahahaaaha..yang paling best, masa tu juga dia hulur satu kertas tertulis nombor telefon dia. Dia cakap, kalau ada pape masalah..cerita la kat dia...berbunga beb hati aku.

 So since waktu tu, aku usha si dia ni balik. Tapi guna taktik budak-budak..sebab aku tak reti..haha. Aku cakap kat dia ada sorang budak suka dia, tapi dia tak berani nak mengaku. Aku cakap aku sorang je tau sape budak tu.

  Then dalam bulan Februari 2008, kitorang berbual dalam telefon. Dia suro aku bagitau sapa budak tu, dia direct cakap yang dia tau budak tu aku. Then aku mengaku la. Strangely, aku tak ingat ape yang kitorang bualkan malam tu. Tapi since that day, dia jadi pelik. Contoh, dia nak rehat makan..dia akan cari aku dan bagitau dia nak pergi makan.

  Pernah sekali tu, waktu rehat kitorang tak sama. Aku tengah mengular kat bahagian stationery dan dia datang.

"Mel, aku nak pergi makan" katanya,

"Pergi la, dah kenapa nak bagitau aku?" aku jawab selamba.

  Then suatu malam, dia call aku...

"Weh, aku nak tanya satu soalan ni" katanya,

"Tanya la." aku jawab sambil masuk ke bilik.

"Budak-budak ni dah tau ke pasal hubungan kita?" soal dia,

"........................." aku tercengang. Sebab aku tak faham ayat dia tu. So aku soal dia balik,

"Jap, aku tak faham ape maksud kau hubungan. Itu ayat tanya or ayat penyata?"

"Itu soalan la. Budak-budak ni dah tau ke yang kita couple?"

Lagi la aku tercengang..couple? Bila lak aku couple?

"Hmmm....bila...????" aku mengumam.

Dia faham situasi malam tu, terus aku kena sembur "Kang aku cakap kau lembab kang kau marah. Kan dah seminggu aku setuju kita couple."

WOWWWWWWWWWWWWWWWWW.....!!!!!!! YEEEEEEEEHAAAAAAAHHHHHHHH..!!! Berguling aku atas katil malam tu. Patut la dia pelik je sejak-sejak ni, siap bagitau aku itu ini. Aku rasa seronok gila. Macam dunia ni aku yang punya..hahahaha.

  Then lastly, since kitorang kerja pasaraya. Cuti cuma seminggu sekali. Dan ditakdirkan pula cuti kitorang sama. So kitorang set untuk pergi dating...1st date dalam hidup aku. Kebetulan juga, tarikh kitorang cuti dan 1st date tu 14 Februari 2008. Bukan sebab kitorang nak sambut Hari Kekasih, cuma segalanya memang kebetulan tarikh tu kitorang cuti, dan minggu tu la aku baru tau yang aku dah seminggu dah couple....haahahahaha

So, tiap-tiap kali bulan ni sampai, aku akan teringat dua benda. Pertama, tarikh lahir aku. Dan kedua, kali pertama aku bercinta. Aku tak sambut Hari Kekasih or Valentine's Day. Tapi tarikh ni mengingatkan aku cerita aku yang dulu.

Tu jela yang aku nak cerita. Cerita ni bosan, bosan untuk korang. Tapi untuk aku, semuanya memori bermakna. Ok la, lain kali aku update apa yang patut dalam blog ni. Salam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...