Wednesday, April 1, 2020

|| Keluh Kesah Budak Akaun ||

Salam semua, after bertahun tak menulis. Terlintas lak aku nak cerita pasal isu semasa kali ni.

Macam biasa, blog ni tempat untuk aku bercerita, kongsi pendapat dan pandangan aku sendiri, so basically ni cerita sebelah pihak. Kalau tak berkenan dengan penulisan aku, close your tab and proceed with your own activities.

Banyak posts yg aku baca pasal business owner yg keluh minta kerajaan bantu support staff diorang. Ni just dari pengalaman aku handling full-set accounts untuk a few companies (bekas majikan) aku dulu, aku jadikan diorang as references.

1. Sekarang business tak jalan, takde untung. Merungut nak cari kewangan untuk support business. Masa untung dulu, duit banyak ke akaun diorang. Kereta baru, beli rumah, renovate rumah, hantar anak overseas. Aku kadang2 bila hujung bulan jadi pening nak cari peruntukkan untuk gaji pekerja, bukan diorang. Bila bagitau duit takde, kita lak disalahkan tak follow up dengan debtor mintak duit.

2. Aku ada nampak posting cakap "tak keje tapi gaji jalan, kenapa ada bantuan". Pekerja gaji fixed, tapi banyak ke? Top2 management tu lain la...yang kuli2 ni, gaji bayar itu ini tinggal beberapa je. Tapi ada yang mampu menyimpan even RM100 sebulan. Business masa beroperasi, kadang2 untung, majikan ada ke pikir nak simpan? Yang ada tu, ada la. Yang dari pengalaman aku ni, takde beb. Asal ada untung, sama ada guna duit tu untuk cari lagi job, or masuk poket. Then bila time macam ni, baru dapat arahan tutup sebulan je, dah memekak nak bantuan itu ini. Masa senang tak beringat.

Pasal cari job ni, bukan salah pun nak guna duit company untuk cari projek baru. Tapi kalau dah sampai jenis main bawah meja, and belanja client main golf, makan mewah...agak2 la. Pernah aku dapat resit urut batin untuk claim..aku buang resit tu.

Maybe ada yang rasa masuk poket tu normal la..sebab dia yang keluar duit buat business ni. So aku nak cakap gak, sebab tu adanya Finance Department, sebab tu la korang hired aku dulu. Tugas aku handle kewangan korang, bukan stakat rekod ape yang korang belanja. Kitorang budak akaun ni reti je buat budget, so amik jela mana yang dah kitorang kira, bukan deny tugas kitorang and amik sesuka hati.

3. Lagi isu yang saya petik dari posting seseorang "Golongan cuti tp gaji jalan dapat bonus some more. Takde simpati langsung kepada SME yg struggle nak retained pekerja yg dah dianggap sebagai family sendiri." It as good thing that you considered your own staffs as family. But nak tanya, yang banyak2 company ni...masa post job vacancy kat mana2 jela, gaji yang ditawarkan tu setaraf tak dengan market? Kalau ye, bagus. Yang tak ni...yang jenis nak pengalaman bertahun tapi offer gaji macam budak baru habis belajar. Ada yang bonus pun tak bagi. Bila time minta naikkan gaji, dia check teliti performance kita macam dia tak penah nampak kita buat keje. Family konon.


OK aku stop sini, cerita tak habis lagi tapi ada kerja nak kena buat. So ada nampak tergantung sikit. Sekali lagi, ni cerita dari pandangan aku je, aku tak masukkan opinion orang lain. Tak suka, diam...sebab ape? sebab ni cerita dari pihak aku je. Orang bodoh je yang ambil serius cerita sebelah pihak. Salam

Tuesday, February 14, 2017

|| Kali Pertama Bercinta ||

Salam semua. Lama gila tak masuk blog ni. Last post 2014..!! 2014!! Kali ni aku tiba-tiba teringat pasal cerita dulu-dulu. Cerita masa aku pertama kali merasa ber'couple'..hahaha. So saja je la nak kongsi sikit.

Macam biasa, blog ni tempat untuk aku bercerita, kongsi pendapat dan pandangan aku sendiri. Kalau tak berkenan dengan penulisan aku, simbol 'x' sentiasa tertera di skrin tetingkap anda.

  Disember 2007, selepas SPM. Aku berkerja di sebuah pasaraya di Batu Berendam, Melaka. Pasaraya Bintang nama dia, sekarang ni pasaraya tu dah tak wujud...dah digantikan dengan Pasaraya Giant. Kalau anda pernah ke Pasaraya Giant Batu Berendam atau Pusat Karaoke Alibaba kat situ, itulah Pasaraya Bintang dulu.

  Aku ingat lagi masa aku pergi temuduga kat situ, walk-in je. Tanpa sebarang resume dan sijil. Masa tu ramai yang datang temuduga, masa tu aku tak tahu lagi yang mereka ni akan menjadi beberapa perkara penting dalam kehidupan aku sampai sekarang..dan masa tu juga aku kenal si dia ni.

  Ok, kita skip part tu. Itu nanti aku cerita..sekarang topik pasal si dia ni. Dipendekkan cerita, aku dapat kerja tu, as a cashier. Si dia ni pun cashier juga. Untuk 3 hari, kami diberikan latihan..jadi assistant untuk cashier yang sedia ada. So belajar la macam mana nak jadi cashier tu. Hari pertama kerja, mak aku yang hantar dan ambil untuk pulang ke rumah. Habis waktu kerja di hari pertama tu, aku tunggu mak di luar pasaraya. Ternampak la juga si dia ni, pun tunggu mak dia ambil. Aku beranikan diri berbual, dia jawab je. Masa tu juga la aku suka kat dia.

  Tapi since aku tak pernah bercinta sebelum ni, aku tak reti nak usha orang. Si dia ni pula, ada geng kat sana...4 orang. So susah sikit nak berbual, jadual kerja pun lain. Tapi waktu cuti kami sama..tu jela yang best..ahhahaha.

  Nak dijadikan drama sikit (tapi ni cerita betul), dalam bulan Januari 2008 ada sorang perempuan ni masuk kerja..pun cashier juga. Satu hari tu, aku habis kerja waktu malam, dan budak baru ni pun habis sama waktu dengan aku. Aku ajak dia balik sama-sama. Sebabnya rumah kitorang satu hala, tapi aku dengan motor aku, dia naik motor dia la. Then dalam perjalanan tu, aku ajak singgah kedai burger sebab...aku nak makan burger..tu je. Then dia pun order, dan aku bayarkan..pastu sambung perjalanan balik.

  Keesokan harinya, aku masuk shift petang. Tibanya kat kaunter yang aku kena jaga, aku terdengar cerita yang aku menyakitkan hati aku. Budak perempuan semalam tu cerita kat orang yang aku ajak dia balik, belanja dia makan...dan aku suka dia. Then paling tak best, bila dia cakap kat orang aku ni bukan taste dia. Oh my, aku macam nak menyumpah masa tu.

  Seminggu aku tak bercakap dengan orang-orang sana. Seminggu je..kenapa seminggu? Hahahahaha..sebab si dia yang aku suka ni datang dan tanya

"Mel, kenapa aku tengok kau diam je? Kitorang semua tak berani nak tegur."

Cair beb...dalam ramai-ramai orang, dia je yang datang dan tanya 'kenapa?' hahahahahahahahaaaha..yang paling best, masa tu juga dia hulur satu kertas tertulis nombor telefon dia. Dia cakap, kalau ada pape masalah..cerita la kat dia...berbunga beb hati aku.

 So since waktu tu, aku usha si dia ni balik. Tapi guna taktik budak-budak..sebab aku tak reti..haha. Aku cakap kat dia ada sorang budak suka dia, tapi dia tak berani nak mengaku. Aku cakap aku sorang je tau sape budak tu.

  Then dalam bulan Februari 2008, kitorang berbual dalam telefon. Dia suro aku bagitau sapa budak tu, dia direct cakap yang dia tau budak tu aku. Then aku mengaku la. Strangely, aku tak ingat ape yang kitorang bualkan malam tu. Tapi since that day, dia jadi pelik. Contoh, dia nak rehat makan..dia akan cari aku dan bagitau dia nak pergi makan.

  Pernah sekali tu, waktu rehat kitorang tak sama. Aku tengah mengular kat bahagian stationery dan dia datang.

"Mel, aku nak pergi makan" katanya,

"Pergi la, dah kenapa nak bagitau aku?" aku jawab selamba.

  Then suatu malam, dia call aku...

"Weh, aku nak tanya satu soalan ni" katanya,

"Tanya la." aku jawab sambil masuk ke bilik.

"Budak-budak ni dah tau ke pasal hubungan kita?" soal dia,

"........................." aku tercengang. Sebab aku tak faham ayat dia tu. So aku soal dia balik,

"Jap, aku tak faham ape maksud kau hubungan. Itu ayat tanya or ayat penyata?"

"Itu soalan la. Budak-budak ni dah tau ke yang kita couple?"

Lagi la aku tercengang..couple? Bila lak aku couple?

"Hmmm....bila...????" aku mengumam.

Dia faham situasi malam tu, terus aku kena sembur "Kang aku cakap kau lembab kang kau marah. Kan dah seminggu aku setuju kita couple."

WOWWWWWWWWWWWWWWWWW.....!!!!!!! YEEEEEEEEHAAAAAAAHHHHHHHH..!!! Berguling aku atas katil malam tu. Patut la dia pelik je sejak-sejak ni, siap bagitau aku itu ini. Aku rasa seronok gila. Macam dunia ni aku yang punya..hahahaha.

  Then lastly, since kitorang kerja pasaraya. Cuti cuma seminggu sekali. Dan ditakdirkan pula cuti kitorang sama. So kitorang set untuk pergi dating...1st date dalam hidup aku. Kebetulan juga, tarikh kitorang cuti dan 1st date tu 14 Februari 2008. Bukan sebab kitorang nak sambut Hari Kekasih, cuma segalanya memang kebetulan tarikh tu kitorang cuti, dan minggu tu la aku baru tau yang aku dah seminggu dah couple....haahahahaha

So, tiap-tiap kali bulan ni sampai, aku akan teringat dua benda. Pertama, tarikh lahir aku. Dan kedua, kali pertama aku bercinta. Aku tak sambut Hari Kekasih or Valentine's Day. Tapi tarikh ni mengingatkan aku cerita aku yang dulu.

Tu jela yang aku nak cerita. Cerita ni bosan, bosan untuk korang. Tapi untuk aku, semuanya memori bermakna. Ok la, lain kali aku update apa yang patut dalam blog ni. Salam.

Sunday, November 30, 2014

|| Semester 8 ||

     Assalamualaikum. Weeeee...dah lebih setahun aku tak update blog ni. Kalau ada sawang, rasanya dah tebal 10 meter agaknye. Well, untuk post yang pertama untuk tahun 2014 ni, aku nak carita la pulak pasal semester 8 kat KBM ni. Yes, 8...dan harap2 ni semester terakhir aku kat sini.

     Macam biasa, blog ni tempat untuk aku cerita segala pengalaman dan pendapat aku, so kalau tak minat nak baca, button 'x' sentiasa ada untuk ditekan.

     Dari tahun 2010 sampai la sekarang ni, aku sentiasa dalam kelas A ( 1A, 2A, 3A & so on...). Akan tetapi, semester 8 ni bermula dengan rombakan kelas! Kelas yang mana sebelum ni maksimun pelajar adalah 30, dikurangkan menjadi 25 orang pelajar maksimun dalam 1 kelas. Kitorang 1 kelas ade 28 orang, so 3 orang lagi tak dapat daftar masuk kelas 8A. Malangnya, aku termasuk dalam golongan 3 orang tu...padahnya sebab daftar subjek lambat...padan muka.

     Pendekkan cerita, kelas baru dibuka, 8D. Kaum2 lelaki kelas 8A dengan baik hatinya berpindah ke kelas baru. So, ni la kali pertama selepas kelas aku kat Shah Alam dulu, ada ramai budak lelaki. Meriah..geng sukan, geng ponteng, geng dota, geng karoke..semua ada. Hahaha..so this post ni macam tribute la kat kawan2 part 8 sekarang ni. Booldbrother bebeh!!!

After presentation


Kelas baru....8D

 Kelas lama aka kelas asal aku....8A
Bila kitorang conquer 1 lif, xde pompuan brani masuk..hahaha

Friday, September 13, 2013

| Kenangan KMKN --> A21 - A25 |

Salam sejahtera semua..hohoho..dah macam nak bagi pidato pulak. Thanks again sebab sudi datng kembali ke blog ni. Macam entry-entry sebelum ni, blog ni tempat aku untuk bercerita tentang pengalaman, sejarah, cerita, dan pendapat aku sendiri dari segi pandanga aku la. So segala ketidakpuasan atau sebagainya, harap dimaafi.

Malam ni aku terasa agak lapang, sebab semester baru mula. So tak banyak la kerja yang ada....memang takde langsung pun. Then aku godak-godak segala isi perut laptop ni, terjumpa la segala video dan gambar masa zaman aku di Matrikulasi dahulu. So, cerita kali ni tentang kenangan kat sana la.

Ni la kolej kami, bersama model upahan tempatan..haha
Nama matrik aku ni Kolej Mara Kuala Nerang, ada jugak yang panggil Kolej Matrikulasi Kuala Nerang. Dua-dua bila short-form kan jadi KMKN. Aku mendaftar kat sana tahun 2008 untuk program satu tahun sesi 2008/2009. Kat sana, aku ditempatkan dalam kelas A25, bermaksud jurusan perakaunan kelas ke 25. Kelas paling last, dan paling meriah, paling bising, paling gila...hahahaha. Bila masa untuk kuliah, 5 kelas digabungkan sekali. So kelas aku ni bergabung dengan 5 kelas sebelumnya, A21 sampai A24. Kuliah kami ni total dia dalam 50 orang pelajar, macam-macam ragam..ex-girlfriend aku pun kuliah yang sama..haha.


Aku tak rasa kekok sangat kat sana. Sebab masa kat sana, ada 2 orang lagi pelajar Melaka yang mana budak sekolah aku sendiri...paling best, classmate aku sendiri masa sekolah pun masuk KMKN. Sorang nama dia Marlyana, dia masuk kelas lain, kelas mana pun aku tak ingat dah. Sorang lagi Azah Hanim, entah macam mana kat KMKN ni dia ditempatkan 1 kelas dengan aku...kat sekolah sekelas,kat matrik pun sekelas...tak berkembang langsung, yang kembang just badan kitorang je..hahaha.


 Ni la diorang, yang biru ketot tu Azah, yang merah/hitam/pink gigi putih menyilaukan tu Marlyana. Dua-dua budak kelas aku masa kat sekolah dulu. Marlyana masa kat sana, brutal sikit..kalau gaduh dengan laki, laki yang kalah. Aku panggil dia 'Kepala Besi', kenapa? Biar aku dengan dia je yang tahu..hahaha. Yang aku pasti, ramai la suka dia kat sana..skandal 1 kelas..hahahaha. Yang Azah lak, banyak kot yang aku ingat pasal dia..sebab 1 kelas. Paling aku ingat masa subjek ekonomi. Kat sekolah dulu kitorang takde amik subjek ekonomi. Hari pertama dia belajar, meleleh air mata dia..hahahahahaha.














Geng Setan, dari kiri - aku, Capik, Ijat, Botak


Ok, sambung balik pasal kuliah. Dalam kuliah A21-A25 tu..aku ada la geng rapat. Yang lain pun aku berkawan baik. Tapi yang paling rapat 4 orang ni, aku, Ijat, Capik, dengan Botak. Empat-empat kepala gila, so ada la orang panggil kitorang 'Geng Setan' sebab kenakalan kitorang. Time tu cerita Lagenda Budak Setan takde lagi..so jangan cakap kitorang tiru cerita tu. Ijat budak Johot, Botak dengan Capik budak Kedah. Masa kat sana, kitorang empat-empat ada awek..awek matrik tu jugak..tapi Botak la paling jiwang antara kitorang semua. Tapi peliknya sekarang ni, Ijat je yang kekal dengan awek matrik, kitorang 3 orang lagi lama dah clash.




Kuliah kitorang ni paling banyak buat aktiviti luar kelas. Barbeku, serang rumah cikgu untuk makan free, majlis itu ini. Pendek cerita, ada je aktiviti untuk dibuat. Dan Alhamdulillah la, diorang sporting dan selalu involve ramai-ramai.

Sorry to say la..aku dah hilang arah nak menaip. Tak tahu nak taip ape lagi. Banyak sangat kenangan dengan diorang sampai aku tak tahu nak cerita yang mana. So setakat ni, biar la sampai sini dulu. Aku ada sediakan gambar-gambar kami semua (tak semua la) dan video-video yang aku rakam masa aku belajar kat sana. Sorry for the quality though, time tu camera phone belum canggih macam sekarang ni. Sekian saje la setakat ni, salam.
Cikgu Suraya...wee..wee

The Boys
Kelas A21

Kelas A22

Kelas A23

Kelas A24

Kelas A25
Harap kita semua jumpa lagi.. ^__^


Tuesday, September 3, 2013

| Senior itu Sahabat |

Salam, thanks sebab sudi melawat dan membaca apa yang aku taip ni..hahaha. Ok, macam entry-entry sebelum ni, sudi lagi aku mengingatkan ni adalah ruangan aku untuk berkongsi pengalaman dan pandangan serta cerita-cerita aku sendiri. So kalau ada pape masalah, button 'x' sentiasa terpampang di penjuru atas kanan tetingkap anda.

Kali ni aku nak cerita sikit tentang 'senior-senior' aku kat UiTM KBM ni...senior la sangat..haha.. Kebanyakkan antara diorang ni aku dah kenal even before aku masuk ke KBM ni. Ada yang sama kelas dengan aku masa sekolah menengah, sama-sama belajar masa matrikulasi dulu, ada jugak orang kampung aku (waktu kecik-kecik dulu tak kenal pun..haha) , dan ada jugak la aku kenal lepas masuk KBM ni.

Hampir semua la (or memang betul semua) daripada diorang yang aku kenal ni sebaya dengan aku, lahir tahun 1990. Yang beza cuma diorang masuk KBM ni awal, tahun 2009, dan aku masuk lambat pada hujung tahun 2010.

So sejak masuk ke KBM ni dulu, takde la aku rasa sunyi or keseorangan sangat even masa mula-mula masuk dulu, aku ketandusan classmate. Sebab ada diorang ni yang selalu tolong aku, selalu ajak aku keluar dengan diorang, selalu buat event ajak aku. Sampai ada antara diorang yang ajak aku masuk rumah sewa dengan diorang...so jadi housemate la.

Kadang-kadang aku rasa janggal sikit bila nak join pape aktiviti yang diorang buat. Sebab aku bukan batch diorang, tapi diorang tak kisah. Bawa aku berjumpa dengan kawan-kawan diorang, beraya rumah diorang, bersukan...macam-macam lagi la aktiviti. Terlalu banyak sampai aku tak dapat nak fikir. Sampaikan buku-buku pun kekadang aku mintak diorang je..hahaha..amik kesempatan la sikit...sikit je.

Lepas seronok 3 tahun kat sini, semuanya berubah. Sekarang ni diorang semua dah abis belajar. Dah graduated, just tunggu nk konvo je. So aku rasa lepas ni kehidupan seharian aku kat KBM ni dah takde la semeriah masa diorang ada...sedih la jugak. Sebab diorang ni baik, walaupun senior, tapi diorang tetap kawan.

Itu jela aku nak cerita,kongsi sikit-sikit je.  Yang lain jadi kenangan dan memori. Kalau rasa bosan nanti, ingat la satu-satu...baru meleleh sikit..hahaha. So, harap-harap diorang ni berjaya la lepas ni, jangan malas-malas kerja. Jangan nak duduk rumah je tanam anggur..dah gaji nanti jangan lupa datang Melaka, datang KBM ni belanja aku...wish korang semua goodluck dalam kerjaya masing-masing..thanks atas semua kebaikan yang korang bagi kat aku selama ni..salam.

ps: dalam gambar ni hanya beberapa kerat je...sori..

Wednesday, April 17, 2013

| Gelagat Kami AC220 5A |

Huaarrgghhh...mengantuk sebenarnya aku sekarang ni. Kali ni entry aku lain sikit dari yang biasa. Just nak luangkan sikit masa yang singkat ni.

Sekarang ni aku dalam kelas..makmal komputer actually. Pensyarah tengah khusyuk mengajar kat depan, tapi aku menaip kat belakang ni. Teknik baru untuk melayari bahtera internet. Hanya perlukan muka tanpa perasaan (poker face), mata yang kononnya khusyuk memandang pensyarah, serta jari yang melekat di papan kekunci (keyboard). Oleh itu, jangan la anda sekalian tiru aksi ini, sangat tak sopan sebenarnya..hahaha.

Sekarang jam menunjukkan pukul 11.23pagi. Sedar tak sedar, dah 1 jam kelas ni berjalan. Dengan peratus ke'fokus'an yang semakin turun menjunam, aku tak mampu lagi nak beri perhatian pada ceramah-ceramah pensyarah yang tengah leka bercakap kat depan tu.

Aku pun memandang sekeliling, menoleh ke kiri dan kanan. Tergelak kecil aku taktala melihat gelagat rakan-rakanku yang berbagai ragam. Di sebelah kiri aku, tersergam rakan sekelas yang paling rendah, sedang tidur dengan caranya yang tersendiri. Dengan badan duduk menegak, kepala ditundukkan sedikit, serta tangan menutupi perut boroinya. Sama seperti orang yang sedang solat dalam kedaan duduk di atas kerusi...terasa kagum melihat tekniknya itu.

Lalu aku mengalihkan pandangan dengan memandang kehadapan. Terlihat di barisan paling hadapan, kumpulan "madu-madu". Itu gelaran diberi secara paksa rela, tak perlu dihuraikan disini. Dari pandangan aku tadi, aku cuma ternampak Madu-2 dan Madu-3. Madu ke-3 sedang tekun belajar. Terpaksa mungkin..kerana pensyarah berdiri betul-betul dihadapannya. Dan aku lihat Madu-2 agak kasihan, memandang ke kiri dan kanan dengan matanya yang terkebil-kebil...mengantuk la tu (hahaha). Nampak juga percubaan dia untuk menahan dari menguap secara terbuka, dalam kesian terbit juga rasa lawak...kesian, hahahahaha.

Aku mengalihkan perhatian aku kepada si wakil kelas kami. Juga sedang tidur dengan gaya ala-ala machonya itu. Dengan rambutnya panjang dan mulut terbuka sedikit memperlihatkan giginya yang hampir terkeluar (jangan marah beb), beliau mencuba sedaya upaya untuk berlakon yang kononnya beliau sedang melihat nota-nota yang tersedia bersepah di atas meja..mungkin untuk menunjukkan kepada gadis idaman beliau bahawa gaya tidurnya juga kelihatan bergaya segaya dengan gayanya di kala sedar.

Ku teruskan tinjauan. Terdapat segelintir rakan-rakan yang sedang menelaah pelajaran, tapi bukan untuk kelas ini, tetapi untuk menghadapi ujian yang menghalang kami dari bergembira menanti cuti esok...bukan cuti tu esok, ujian tu yang esok..!

Aku menamatkan peninjauan kerana mata pensyarah mula tertumpu terhadap aku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk kecil tanpa memahami apa yang disampaikan sebentar tadi...sambil jari menaip untuk menghabiskan entry ini.

*tu jela yang aku nak cerita kali ni. Ayat-ayat kat atas tu saja aku tulis bunga-bunga sikit. Sebab kebosanan dan nak hilangkan mengantuk ini. Macam biasa, entry-entry dalam ni hanya cerita,pandangan, dan segalanya tentang aku, bukan tempat aku untuk mengutuk,memaki serta mencaci orang...tu jela untuk kali ni..sekian.. =)

Tuesday, December 11, 2012

|| BM230 UiTM Shah Alam ||

Assalamualaikum.. harap semua sihat. Thanks again sebab sudi jenguk & baca ruangan aku yang tak seberapa ni (ececece..ayat manis maa =P )

Macam biasa, ruangan ni untuk aku ceritakan tentang pengalaman dan cerita aku sendiri, bukan nak mengutuk, menghina orang lain..tapi ikhlas nak berkongsi cerita.. Kali ni aku nak cerita pengalaman, cerita dan memori aku semasa bergelar pelajar UiTM Shah Alam.

Aku kat UiTM S.Alam
Masa aku kat UiTM Shah Alam dulu, aku ambil kos BM230, atau nama saintifik dia ( poyo sikit) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Ekonomi). Aku mula masuk ke situ dulu pertengahan tahun 2009, selepas menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Kuala Nerang juga pada tahun yang sama.

Skip segala intro tentang tu, aku nak berkongsi cerita tentang kenangan aku kat sana. Kat sana, aku secara 'tak sengaja' dilantik menjadi wakil kelas ( class rep ), maybe muka aku ni agak reliable kot..hehehehe. Sekarang ni aku tak berapa nak pun jadi class rep kat UiTM Melaka ni atas sebab-sebab tertentu, tapi still jugak jadi. Bukan nak berlagak la ( sikit je =p ) , tapi mereka semua seronok dengan aku. Ada geng karoke, geng DoTA, dan geng kaki jalan. Kelas agak happening gak, sangat-sangat seronok dulu.

Dari asrama kitorang, Kolej Perindu nak ke kelas kat Fakulti Perniagaan, kena la jalan kaki naik bukit. Kalau sampai-sampai kelas tu dah berpeluh, paham-paham jela.

Aiseyman, aku tak dapat nak teruskan cerita ni. Ada hal sikit, so aku just proceed ke penutup la.


Antara mereka masa konvo
Atas sebab-sebab yang aku tak berminat nak cerita, aku kena keluar dari situ. Dan sekarang aku ambil Ijazzah Perakaunan kat UiTM Melaka. Dah 3 tahun dah, dan baru-baru ni, kawan-kawan aku menghadiri majis convocation diorang. Terus terang, aku agak cemburu, sedih and ada la sebak sikit sebab aku tak ada dalam group tu. Tapi walau pape pun, aku tetap happy dengan diorang. Tahniah kawan-kawan.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...