Nun disana aku menanti,Ombak sayup memecah sunyi,Ruang hatiku yang hampir mati;
Aku cuma insan biasa,Muhamad Muzammil diberi nama,Ingin menyampaikan puisi cinta,Rentetan hatiku sebagai cerita,Akan ku kongsikan dengan semua.
Hati yang suram bertemu cinta,Adakah cuma bermadah sahaja?Fikiran,akal,dan hati tebuka,Inilah suratan ketentuan-NYA.Zahirlah perasaan,hati dan jiwa,Akan cuba untuk memilikinya;
Kemana saja aku pergi,Engkaulah sahaja sentiasa dihati.Mana mungkin kau dilupai,Benci dan dusta jauh sekali.Akan ku jaga hubungan suci,Lantaklah orang,tidakku peduli!Ini janji datang dari hati,Luahan dari pencintamu ini.Air wajahmu seakan mengerti,Hilanglah wasangka yang mendiami diri.
Allah izinkan kita bertemu,Keramatlah 18 Jun yang lalu,Utara Malaysia tempat dituju.
Mulalah kisah kita bersama,Engkau penawar bagi segalanya,Niat bersama untuk selamanya.Akan tetapi bala menjelma,Nama ku kini hilang dijiwa,Tipu dusta mula menjelma.Ingatan mu terhadapku sudah tiada,Melukakan hatiku perkara biasa.Untukmu...aku pergi jua.
Sekian sahaja nukilan dariku,Akanku tempuh jalan berliku.Yang lepas ku biarkan berlalu,Aku menunggu peluang yang baru.Niatku sama..seperti dahulu.Gunakan akal,fahami hasratku..
~SEKIAN~
-
No comments:
Post a Comment