Monday, October 24, 2011

BACC220 1B

Assalamualaikum..lama gila aku tak update benda alah ni. Last aku update semester lepas kot..! Haha..ada gak la yang asyik push aku "bila kau nak update blog kau tu? dah bersawang aku tengok."
And so, aku pun up-to-date la sikit..

Sekarang ni hidup aku agak serabut sikit la. Dengan masalah 'biasa' yang tak pernah nak hilang..(*sigh*)... Semester ni aku masuk semester 1, ikut pelajar baru la walaupun aku 'tak la baru sangat'.
So untuk cerita kali ni,aku saja nak kongsi sikit subjek-subjek aku semester ni & perasaan aku kat subjek tersebut.

Semester ni aku amik 9 subjek (termasuk 1 paper repeat) (=_=') :

CTU 551 - ni subjek keagamaan. Lecturer dia ustazah yang aku lupa nama dia. Ni jap lagi kelas dia la ni,terasa malas nak pergi,sebab sekarang ni "musim presentation" je. Aku punya dah lepas..

MAT 112 - ni pulak subjek matematik. Subjek paling laju,lagi 2 bab je dah nak abis,padahal masuk sini baru sebulan. Kira laju gila la lecturer ni mengajar. Minggu lepas aku kena buat test dia on-da-spot!! (sebab aku TER-ponteng kelas dia time dia buat test). Hamik kau!! memang aku tak reti nak buat la kan.... =_=

LAW 385 - Antara subjek paling aku tak suka dari aku belajar kat Shah Alam lagi. Belajar benda sama je. Kan bagus kalau aku boleh transfer kredit...tapi UiTM kejam sikit, data aku kt Shah Alam dah kena padam.. Assignment LAW jugak la antara yang aku malas buat, sebab panjang gila kot jawapan dia...1 page tak lari tau kalau nak jawab 1 soalan.

BEL 462 - Ni subjek English. Untuk semester ni, aku amik English Critical Thinking..memang aku kritikal aku nak belajar. Lecturer tu cakap berubah-ubah. Aku ingat lagi minggu lepas. Masa mula masuk, dia kata subjek ni kena kreatif pemikiran. Then tengah dia mengajar, tetiba dia cakap "subjek ni jangan nak jadi kreatif, takkan menjadi untuk subjek ni"          WTH????

ECO 410 - Subjek paling senang yang serabut. Sebab 1 minggu ada 4jam kelas. 2jam aku join kelas lain, dan 2jam lagi kelas lain. Sebab aku ni suka benda yang simple je, aku mula serabut. Tapi 1 je yang best tentang subjek ni....LECTURER dia COMEL dan SINGLE...hahahahahaha (gelak nakal)

AIS 130 - subjek ni kitorang belajar tentang komputer. Agak senang la..assignment pon sikit je. Dalam kelas, budak2 ni online je kerja diorang. Nasib aku kurang baik sikit la sebab komputer yang aku dapat tu tak boleh online...huh!

MGT 420 - subjek ni pulak subjek yang agak bosan. Belajar tentang bisnes. Lecturer dia agak.....biarlah rahsia.. Kadang2 dia kasi kerja agak serabut, tak paham aku arahan dia. So selalunya aku tanya la budak lain yang paham.

TAX 320 - Satu-satunya paper repeat aku. Sebab semester lepas lecturer dia ajar macam motorbot..laju kot. Semester ni lecturer dia ok la...sempoi kot. Aku target nak dapat A subjek ni semester ni...chaiyokk!!

HBU 111 - Lastly, ni la subjek wajib yang ramai malas nak pergi...kokurikulum. Aku tak suka kot kawat, dari sekolah lagi aku tak suka. Sebab komander suka jerit2, ingat aku menatang pe nak jerit..cakap elok2 sudah. Tapi kat sini, komander aku sangat lawak. Kalau dia masuk Maharaja Lawak, Sepah ley tarik diri r..

classmate aku semester ni....
 Tu jelah yang aku nak cerita kali ni...bosan kan? Just jangan lupa, blog ni aku buat sebab nak kongsi pengalaman aku je. Bukan nak buat TV SHOW...thanx sebab sudi baca..Salam..

Friday, April 8, 2011

~ReFloral ProJect~


Salam dan hai sume. Lama suda aku tak menghapdet benda alah ni, dah bersawang..huhuhu. Ok..ari ni aku nak berkongsi sikit la dengan korang pasal projek group aku untuk subjek MARKETING. Kitorang diarahkan untuk buat/reka 1 produk daripada syarikat yang sedia ada, atau cipta 1 syarikat yang keluarkan produk yang ada kaitan dengan GREEN PRODUCT.

     Ok...cerita tejadinye produk ni camni. 1 malam tu, kitorang 1 kumpulan yang terdiri dari 4 pompuan yg aku letak bukan nama sbenar sbb takot diorang tak suka aku masukkan nama diorang dalam ruangan ni (Caqica, Taiko, Nenek, dengan Kenit) dan sorang laki (aku la tu), bermesyuarat la kt kampus kami. Mula2 kitorang cadangkan untuk buat produk penapis air. Tapi, makin lama kitorang bincang, makin kitorang rasa yang idea tu tak berkesan. Caqica pulak kasi la idea, suro wat bekas alat tulis dari botol plastik. Tapi rasa cam budak sekolah lak kalau buat gitu. So kitorang online mencari idea, dan Caqica pon nampak la bunga yang memang lawa dari botol plastik. So camtu la datangnye idea tu.

     Diorang dituganskan untuk cari maklumat tentang produk tu dan aku pulak kena cari nama syarikat dan nama produk. Entah camne tah aku dapat idea nak letak nama ReFloral ni...hahaha..bila dah terdesak,otak ni akan kasi hasil yang menakjubkan (sape suro wat keje last minit)..hahaha. Nama syarikat ni pon jumpa secara tak sengaja selepas didesak oleh Nenek yang nak cepat siap...hahha..aku hentam je. Dan presentation sume berjalan lancar..ALHAMDULILLAH...

     So sebenarnye aku just nak tunjukkan gambar serta video proses nak buat ReFloral ni je...nak kasi korang sume tengok bertapa LAWAnye produk kitorang ni..hahaha...99.99% buatan tangan..(kecuali pasu tu la..). Mula2 aku nak masukkan video IKLAN produk kitorang tau..almaklumlah..berlakon sendiri..hahaha..tapi takot pulak yang lain ni ngamok...so cancel jela... =_=



Botol yang digunakan 
Proses memotong botol

Proses pembentukan kelopak bunga





Proses mewarna Refloral

  Dan ini lah hasilnye..!!! hahaha...lama tau nak siapkan benda ni.. (=_=')

Dan ni pulak video untuk proses mewarna....




Monday, March 7, 2011

|| Aku, Doktor dan Poliklinik ||

Situasi sebenar tanpa 'edit' di Poliklinik Peringgit......................

Aku : (sambil ketuk pintu) Assalamualaikum...

Doktor : Masuk..kamu no.1456??

Aku : Ye saya..

Doktor : Kenape kamu lambat? Dah 1 1/2 jam report awak ada kat sini..

Aku : Mana saya tau...nurse tadi suro tunggu kat kaunter pendaftaran sane,saya tunggu r...lepas 1 1/2 jam,kawan yang datang dengan saya dah abis rawatan suro saya gi tanye..rupanya dia dah anta kat sini...ni pon saya tak bayar singgit lagi..dah dia tak mintak..

Doktor : Lepas ni pergi bayar. Ni tu sume masuk gaji saya nanti,kalau gaji saya tak cukup singgit,saya cari awak..hahaha...nape kaki awak??

Aku : Kaki terseliuh semalam..

Doktor : Macam mane ley jatuh?

Aku : Saya main bola tampar semalam...tah tetiba je terseliuh.

Doktor : Awak main bola tampar guna kaki? Patutnye main bola tampar tangan yang sakit...

Aku : (Doktor ni keje nak main2kan aku je) Saya main bola tampar guna bola la doktor...mana ada orang main bola tampar guna kaki...kaki sape kitorang nak tampar??

Doktor : Hah??

Aku : (lambat pikap gak doktor ni) Takde pe...ni kaki ni sakit ni...semalam sikit je..ari ni bangun je tido dah makin bengkak..kawan saya cakap masuk angin..tapi doktor kat kolej cakap suro x-ray,takot patah...

Doktor : Masuk angin ye? Cucuk la kasi kluar angin tu..nak saya cucuk? (sambil dia tersengeh) Nah amik ni kad ni,pegi bilik no.10....lepas x-ray datang balik..

Aku pon pegi la bilik x-ray.............

Pegawai x-ray : (lepas dia baca kad laporan kesihatan aku) Ape nama awak?? Muzamnil? Muzanmil?

Aku : Muzammil, doktor....double 'M'...xde 'N'...

Pegawai x-ray : Masuk bilik no.1...

Aku pon masuk la....

Pegawai x-ray : Chubby kaki awak ni....letak atas....jangan gerak...

Pegawai x-ray : ok...sekarang sengetkan kaki awak..

Aku : Macam ni...??? (sambil aku sengetkan kaki)

Pegawai x-ray : Bukan...macam ni..(dia terus genggam kaki aku)

Aku : ADOOOOOOOOOOOOOOOOOOI.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pegawai x-ray : Oppss...sori..dik....akak tak sengaja...

Aku : Ok...takpe...(padahal air mata nak kuar dah)

Pegawai x-ray : Ni dah siap...sori ye dik..!!

Aku : Takpe...takpe... T_T

Aku pon masuk pegi la jumpa doktor tadi............

Doktor : Apsal mata kamu merah??

Aku : Saya pegi cuci muka tadi....pastu air masuk mata plak..

Doktor : Bak sini x-ray tu....(dia tengok jap) Kamu takde pape ni....nanti balik tuam dengan air sejuk...letak minyak panas...dan jangan banyak berjalan.

Aku : Letak minyak panas tu ley r doktor...tapi tuam dengan jangan banyak berjalan tu susah r...

Doktor : kenapa??

Aku : Sebab mane saya nak letak ais?? Dalam bilik saya mane de peti ais..takkan nak beli ari2 kot..berjalan tu plak time saya nak gi kelas nanti,nak gi makan...

Doktor : Awak ni banyak songeh..awak beli air sejuk bungkus kat kedai..letak kat kaki. Pastu kalau awak nak berjalan,pakai bandage...

Aku : Ok...

Doktor : Ok...ni pegi amik ubat kat kaunter...

Aku : Takde MC or surat rawatan??

Doktor : Awak student ek? Ada kelas ke?

Aku : Ada....2 kelas kot skip..

Doktor : Pukul berapa?

Aku : 2.30 sampai 6.30...

Doktor : Tak payah la...dah petang kot...kalau dari pagi takpe la..saya bagi MC untuk esok..

Aku : Esok tak payah..sebab saya ley pegi kelas...tapi ari ni punya la yang saya nak.

Doktor : Tak payah la...

Aku : Banyak cantik. Effect result saya kot nanti...bukan doktor...

Doktor : Banyak songeh tol...yela2....

Aku : Yes.....!!! (aku balik dengan MC di tangan....kawan aku tak amik pon MC)

Saturday, February 19, 2011

Salam : Hi or Gudbye???

 Assalamualaikum...
    Hari ni takde cerita tentang aku pon...kali ni aku nak bercerita tentang persekitaran. Tentang artikel2 yang banyak tersebar luas mengenai perkataan 'SALAM' daripada perkataan 'ASSALAMUALAIKUM'..

     Sejak beberapa minggu ni,aku asyik perasan je yang ramai mula post sana sini tentang SALAM. Katanya perkataan ni salah,tak boley digunakan. Tapi setahu aku,SALAM bermaksud SELAMAT..aku yang sekolah cina ni pon tau perkataan tu,so aku mula was2 dengan pengetahuan aku. Macam yang aku selalu bagitau,aku bukanlah pakar dalam bab2 agama. So aku pon buat la beberapa kajian sejak bulan lepas.

     Ni antara post yang ada kat FB, katanya jangan lah kita gunakan perkataan SALAM kerana ianya bermaksud SELAMAT TINGGAL. Artilek ni disertakan sekali dengan ayat Quran. Ok...then aku pon mula la search di macam2 website termasuk la kamus bahasa ARAB. Dan hmpir 99% laman web tersebut mengatakan bahawa SALAM bermaksud HAI atau SELAMAT. Dan ianya daripada perkataan ASSALAMUALAIKUM. Korang ley check link ni kalau nak pastikan aku berkata benar http://www.islamic-dictionary.com .

    Aku mula lega...so pemahaman aku sebelum ni adalah betul. Then aku tak berhenti setakat tu. Aku terus mencari dan aku terjumpa 1 komen dari sorang hamba Allah ni yang mengatakan dia belajar bahasa arab. Katanya :
"Salam means hi but malak has couple of meanings. 
And you said it wrong. Its means Goodbye, or see you later,
Or Peace Be with you ( which is bismiallah ) so thats not it.
It means Good bye.."

     So aku mula paham. Yang perkataan SALAM ni akan berlainan maksud apabila kita salah menyebut. Tapi korang kena ingat,itu dalam bahasa arab. Mengikutnya lagi, perkataan SALAM boley digunakan kalau kita memaksudkan SEJAHTERA dan bukannya SELAMAT TINGGAL. Contoh macam perkataan melayu sendiri. Kita amik la perkataan SEPAK sebagai contoh. Kita boley katakan sepak adalah PENAMPAR atau TENDANG (bola sepak). Perkataan tersebut akan berlainan makna kalau kita cuba maksudkannya dengan makna yang lain...betul tak?

     Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini,kalau ada sesuatu benda yang baru bagi korang,janganlah mudah percaya. Selidik betul2 dulu,sampai korang bpuas ati dengan keputusannye. Jangan main telan je ape yang orang bagi,tapi kita tak tau betul salah. Maybe entry aku kali ni akan ada banyak kesalahan,aku alu2kan sebarang teguran dari korang. Dan sebarkan lah nasihat2 ni kepada rakan2...same ada korang share ataupon secara lisan. Perkataan SALAM boley digunakan kalau kita tau makna dan kita maksudkan perkataan tersebut dengan makna yang betul....thanx to HAMBA ALLAH sebab bagi penerangan kat aku supaya aku mampu tulis entry ni...salam..(selamat tinggal =) )
     

Sunday, February 13, 2011

A.C.A.B

Hi sume...thanks sebab sudi luangkan masa ntuk baca cerita aku yang tak seberapa ni.. =P
Kali ni aku nak cerita tentang Aku Cinta Aku Benci ( A.C.A.B)......

     Semua manusia tak sempurna..tol tak? Termasuk la aku,sebab aku cuma manusia biasa yang hidup di muka bumi ni. Kali ni aku cuma nak sampaikan pesanan kepada korang yang membaca. Hari ni Hari Valentine..jangan la korang sambut,klu terdesak sangat pon nak hargai pasangan korang, cari la tarikh lain..amik la 22 Februari ke (besday aku)...hahaha..

     Orang2 yang tengah sangap bercinta,bagi diorang sume best. Sekali lagi aku nak sampaikan,aku tak bercerita pasal AGAMA, sebab aku bukan orang yang sesuai, kalau sekadar nak sampaikan pesan sikit2 tu,boley r.. OK, sambung balik. Tapi kalau korang nak bercinta, jangan la buat perkara tak elok. Contohnye, ada orang yang sanggup menipu hanya untuk dapatkan orang yang dia suka. Tak COOL la beb...nanti kalau korang kawin, anak2 korang tanye "macam mana mama ley bercinta dengan papa??" takkan korang nak jawab "mama tipu bf mama dulu sebab nakkan papa korang" bodo gila kalau ada orang sanggup jawab gitu. Then dah tentu la korang kena menipu lagi kan? So pendek kata...sampai masa kubur panggil korang pon korang akan terus menipu...

     Bagi aku pulak..aku pernah cuba macam2 cara nak dapatkan mereka yang 8 orang yang lepas tu..hahaha. Paling best, masa aku nak couple  dengan si dia yang ke-7..kitorang kenal masa aku belajar kat matrik dulu. Dia ni kalau aku ada je,mula r melenting..haha..macam kucing dengan anjing.. walaupon selalu gado,aku selalu cakap kat dia,"nanti bila aku dah takde,mesti kau rindu kat aku.." haha...dia asyik nafikan je. Sampai la kitorang abis belajar,perangai memang tak berubah..gado je. Then time nak masuk U amik ijazah, kitorang mesej la...dan dia gitau aku yang dia RINDU kat aku!!!!! hahaha...kan aku dah cakap..

    Hmm...sekarang ni aku dah takde gf dah..(bukan nak simpati or promote ok!!) Tapi aku tak benci sorang pon antara mereka. Sampaikan hal yang berlaku baru2 ni pon aku tak amik hati..dimana kes Si Dia yang ke-8 ni tipu aku..kalau tipu sikit2 takpe..ni sejak sebelom couple lagi dah tipu..lantak kau la.. Kalau sebelom ni,aku still lagi berharap nak kembali dengan dia,sebab tu aku biarkan je. Tapi sekarang aku dah taknak,so aku jadilah kejam sikit ntuk sedarkan dia...aku cuma nak semua 'Si Dia' ni jadi orang yang baik2. Bagi yang ke-8 ni,taubat la...tak payah la nak ego sangat dengan aku,dah tau buat salah,datang je mintak maaf...bukannye aku nak potong kau buat gulai lemak...

         Aku nak kongsi 1 kata-kata hikmah ni gengan korang...aku dapat ni masa aku tengah tengok wakil2 rakyat bergado kat parlimen..hahaha...dah tua2 pon nak gado...pelik tol aku dengan parlimen sekarang...bunyi dia macam ni:

Janganlah kita jadi seperti POHON  BERLEBAH,    bila pokok itu dibaling batu,kita bagi lebah.Tapi jadilah kita seperti POHON  BERBUAH, apabila pokok itu dibaling batu,kita hadiahkan buah untuk kebaikan orang lain.

        Paham2kan la ayat di atas tu je...Sebenarnye aku nak tulis 1 cerita ala2 novel berdasarkan cerita sebenar...tapi nanti la ye aku tulis lagi..hahaha...sok aku de test ni..tu sebab malas nak taip panjang2...tata~

Tuesday, January 11, 2011

Si Dia yang ke-6

Hai..setelah sekian lama aku tak meng'update' blog ni...akhirnya aku terpikir ntuk ceritakan kat korang tentang seseorang ni. Selalunya identiti manusia yang aku cerita dalam ni aku rahsiakan..tapi si dia ni lain sikit. Dia bagi izin...haha..dengan alasan nanti ada orang terpikat kat dia...JANGAN MARAH EH BEB!!

Aku mengenali dia ni waktu aku belajar kat matrik kesayangan aku...KMKN...rindu pulak kat tempat tu. Mulanya aku tak pandang pon mana2 girl yang 'menyerlah' kat matrik ni..sebab aku dah de still lagi ada relationship dengan budak Melaka. Then pada bulan 6 aku clash dengan budak Melaka ni,baru la pintu hati aku terbuka ntuk cari seseorang disana. Aku mula perasan kewujudan dia masa dia memperkenalkan diri dia dalam kuliah...sebab nama dia dengan nama budak pompuan yang duduk sebelah dia ni agak sama...tapi ejaan lain2..

Si dia ni kecik je orang dia...paras bahu aku kot dia punya tinggi...err...ketot...hahahaha...jangan marah beb!! Bibir dia kecik je..mata agk sepet...comel la.. Tapi malangnye..kawan aku pon ada hati kat dia. So aku beralah,aku pendamkan perasaan aku..and biarkan kawan aku ni mencuba nasib dia. Beberapa bulan kemudian,aku dengar daripada kawan aku yang dia ni baru clash dengan boyfren dia... Bila dia dapat tau yang aku tau dia dah clash...dia cakap aku PENYIBUK!! hahaha...agak kejam di situ. Setelah aku pasti yang situasi aku bebas daripada 'DUA PRINSIP MENGENAI PEREMPUAN' yang aku pegang sejak dulu. Aku pon memulakan langkah mendekati dia. Susah beb...mula2,dia agak sombong..bese r pompuan jual mahal...hehehe. Ada 1 hari ni dia sakit,sakit tekak....cian dia...tbatuk2..tapi tak reti nak pi makan ubat. Aku pon belikan la STREPSIL ntuk dia,dia terima je..barang free la katakan..hahahahaa...tapi dia ingat jugak samapai sekarang yang aku pernah bagi dia benda tu. Kadang2,waktu malam...aku tau dia lapa...sebab dia kurus..heeeheheeee(gelak jahat)..aku belikan dia nasi lemak,tapi aku suro kawan aku bagi,supaya dia tak tau aku yang belanja...takot dia tak terima =).


Hari berganti hari..bulan berganti bulan. Kitorang makin rapat. Aku ingat lagi,dia mula membuatkan aku nak luahkan perasaan aku hari kitorang kena amik gambar kelas dan kuliah. Manja gila dia time tu..sempat gak aku snap pic dia tanpa dia sedar. Sepanjang sesi pengambaran tu,aku pandang dia je. Aku tawarkan diri ntuk amik gambar kelas dia guna kawan aku punya fon..padahal niat nak amik pic dia je. Hehehe...yang ni sampai sekarang dia tak tau. Masa amik pic ntuk kuliah...dia bdiri belakang aku...HEPINYERRR! Dan malam tu jugak la  aku ajak dia couple dengan aku. Dia terima!! Hehehe...

Seperti awek2 aku yang sebelom ni..aku xpernah sentuh dia..termasuk pegang tangan. Kalau bercakap pon...2 meter jauhnye dia berdiri...hahahahaha..dia pernah cakap kat aku bulan lepas,yang dia harap aku selalu pandang dia...hahaha.. Aku selalu kot pandang dia...cume dia jela tak pandang aku =( . Hubungan kitorang tak lama...berakhir sebab kawan dia. Aku kata yang aku tak suka sorang kawan dia. Dan dia kata 'dia pilih kawan daripada boyfren'...takpe la...sebab kalau aku pon,aku buat gitu. So dia la satu-satunya awek aku yang putus atas alasan yang baik.

Tapi semuanya tak seindah dilihat. Selepas kitorang clash,berlaku sedikit salah paham...dan aku dianggap PLAYBOY kat matrik yang indah tu...hahahaha...ensem sangat ke aku sampai layak jadi playboy???? hahahahahaha....tapi,wlaupon dah putus..aku tetap sayang dia...aku tetap ada ati lagi kat dia sejak tu...aku tak couple dengan sape2 sehingga la aku masuk ke UiTM Shah Alam. Tapi sekarang,kitorang jadi kawan yang baik...sangat baik. Aku takde la nak ajak dia couple balik..sebab taknak la nanti putus terus kawan. Kalau jodoh yang temukan kitorang nanti,aku terima jela...sebab aku tak pernah pon benci dia..huhu..kadang2 berangan la jugak dia jadi awek aku..selalu berharap...sehingga la muncul 'Si Dia yang ke-8'...dia musnahkan sume perasaan aku terhadap orang lain,membuatkan aku menanti hanya dia.....mungkinkah Si Dia yang ke-6 ni mampu bukak perasaaan aku balik???? TUHAN je yang tau....wlaupon dia ex-girlfren aku,dia jugak la best fren yg baik.....hepi sebab dapat kenal ko beb...Thanx seha.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...