Tuesday, December 11, 2012

|| BM230 UiTM Shah Alam ||

Assalamualaikum.. harap semua sihat. Thanks again sebab sudi jenguk & baca ruangan aku yang tak seberapa ni (ececece..ayat manis maa =P )

Macam biasa, ruangan ni untuk aku ceritakan tentang pengalaman dan cerita aku sendiri, bukan nak mengutuk, menghina orang lain..tapi ikhlas nak berkongsi cerita.. Kali ni aku nak cerita pengalaman, cerita dan memori aku semasa bergelar pelajar UiTM Shah Alam.

Aku kat UiTM S.Alam
Masa aku kat UiTM Shah Alam dulu, aku ambil kos BM230, atau nama saintifik dia ( poyo sikit) Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Ekonomi). Aku mula masuk ke situ dulu pertengahan tahun 2009, selepas menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Kuala Nerang juga pada tahun yang sama.

Skip segala intro tentang tu, aku nak berkongsi cerita tentang kenangan aku kat sana. Kat sana, aku secara 'tak sengaja' dilantik menjadi wakil kelas ( class rep ), maybe muka aku ni agak reliable kot..hehehehe. Sekarang ni aku tak berapa nak pun jadi class rep kat UiTM Melaka ni atas sebab-sebab tertentu, tapi still jugak jadi. Bukan nak berlagak la ( sikit je =p ) , tapi mereka semua seronok dengan aku. Ada geng karoke, geng DoTA, dan geng kaki jalan. Kelas agak happening gak, sangat-sangat seronok dulu.

Dari asrama kitorang, Kolej Perindu nak ke kelas kat Fakulti Perniagaan, kena la jalan kaki naik bukit. Kalau sampai-sampai kelas tu dah berpeluh, paham-paham jela.

Aiseyman, aku tak dapat nak teruskan cerita ni. Ada hal sikit, so aku just proceed ke penutup la.


Antara mereka masa konvo
Atas sebab-sebab yang aku tak berminat nak cerita, aku kena keluar dari situ. Dan sekarang aku ambil Ijazzah Perakaunan kat UiTM Melaka. Dah 3 tahun dah, dan baru-baru ni, kawan-kawan aku menghadiri majis convocation diorang. Terus terang, aku agak cemburu, sedih and ada la sebak sikit sebab aku tak ada dalam group tu. Tapi walau pape pun, aku tetap happy dengan diorang. Tahniah kawan-kawan.. =)

Monday, September 17, 2012

| Jarak itu Dinding |

Assalamuaikum..salam sejahtera & hai.. XD
Thanks sebab sudi datang jenguk blog aku yang tak seberapa ni. Lama gila tak update blog ni, kali ni aku nak kongsi cerita tentang seseorang...kawan sebenarnya. Oh ye..blog kali ni aku cerita tentang si dia ni tanpa izin dia. Tapi kepada tuan punya diri ( kalau dia baca la ) dan semua pembaca, blog ni tempat aku bercerita dan kongsi pengalaman aku. So rasanya tak salah aku cerita segala yang aku alami, and of course, dari perspektif aku sendiri ( dah nama pun tentang aku =_= ).

    Aku mula kenal dia tahun 2010..pertengahan 2010. Tak ada la aku kenal dia betul-betul. Just dengar brief tentang dia ni dari ex-girlfriend aku ( time tu girlfriend lagi). Awek aku tu cerita apa-apa je yang berlaku dalam hidup dia masa tu. Aku tak ambil port sangat sebab aku ni bukan jenis nak ambil tahu hal orang, tapi dah aku ni tergolong dalam kategori GOOD LISTENER..dengar jela.

    Dipendekkan cerita, ada la something yang berlaku tahun 2010 tu...one of my dark history yang aku memang tak nak ingat. Aku jadi mangsa keadaan. Aku redha walau tidak ku damba ( ni lirik lagu Teman Pengganti sebenarnya..haha ). Then beberapa bulan lepas tu, kuasa Tuhan nak tunjuk kat aku kebenaran, aku ternampak benda yang tak patut aku nampak..dan memaksa aku mencari si dia ni. Maybe dia mangsa keadaan macam aku, aku tak berapa pasti sebab hanya dia yang tahu kebenaran diri dia. Aku soal jawab dia secara terus terang, sampai dia menangis..haha..sebab ada soalan-soalan aku yang agak kejam dan tak patut aku soal actually, tapi terpaksa sebab nak tahu kebenaran.

    So dari situ, kitorang selalu contact antara satu sama lain. Masa berganti masa, kitorang makin rapat. Tiap kali contact, ada je benda yang nak dibualkan. Sepanjang masa nak SMS, nak Skype, chatting kat Facebook. Macam orang bercinta..haha..sampai ramai yang ingat kitorang couple, tapi just kawan. Antara sebab kitorang tak couple masalahnya datang dari aku. Sebab kejadian 2010 tu still melekat, so sebelum aku kenal dia, aku dah janji dengan diri aku yang aku takkan couple dengan sesiapa selagi aku tak boleh lupakan kejadia tu. So kitorang berkawan.

   Hari berganti hari, minggu berganti minggu..masa terus berlalu dan kitorang masih terus berkawan baik. Masing-masing berkongsi cerita masing-masing. Even rahsia aku dia tahu, rahsia dia pun aku tahu. Tak pernah jemu nak contact. Tak pernah jemu nak bercerita. And in fact, kitorang dah berkawan 2 tahun, tapi SEKALI pun tak pernah jumpa, hanya jumpa depan webcam masing-masing je. Bangga aku ada kawan dunia siber tapi tak pernah jumpa. Jarak tu masalahnya.

Sampai la tiba beberapa bulan lepas......

    Disebabkan aku dah lama kenal dia, and ramai yang anggap kitorang couple, dan paling penting, aku dah lupakan kejadian 2010 tu...aku dengan bodohnya pegi la cakap yang aku suka dia. Tapi dia tak jawab. Aku ambil tu sebagai 'TIDAK'..so aku pun putus harapan..kawan jela..sebab memang happy kawan dengan dia ni.

    Tapi maybe aku naif, bodoh gampang..aku tak terfikir effect perbuatan aku tu akan datang. And effect tu sampai beberapa bulan kemudian, bukan beberapa hari or minggu...tapi bulan. Dia makin kurang contact aku. Aku anggap dia busy. So takde la aku nak ganggu sangat. Dan akhirnya, lost contact. Lepas 4 bulan hilang, aku decide untuk cari dia balik. Dan akhirnya, aku dapat tahu puncanya dari perbuatan aku dulu tu. Just aku tak berani nak cakap. Disebabkan aku ni jenis selalu bergurau dan tak berapa suka serius, confession aku tu dia anggap main-main. Tapi dia takut jugak yang aku ni serius masa aku luah tu. So dia keliru, dan sebab tu slow-slow hilang.

    Dan bila aku cakap, yang aku dah lama lupakan apa yang aku luahkan tu, dia diam je. So aku paham, yang agak mustahil nak jadi macam dulu balik. Lagipun dia memang tak tahu yang aku suka orang lain kat kampus aku ni ( yang ni lain kali aku cerita ). Perangai dia pun dah lain sekarang. Hah..and lagi satu, timing aku muncul balik pun teruk..aku muncul balik pada hari yang sama dua orang lelaki kat sana propose dia..ni la yang orang gelar...BAD TIMING dude..! hahaha..nothing to say, can just laugh..

    Hubungan kitorang jadi janggal. Dan lagi teruk jadi bila aku marah dia hari tu. Sebab aku tak suka dia berubah jadi dia yang sekarang ni. Oh man, aku memang tahu yang manusia memang sentiasa berubah..and aku jadi jahil bila kena batang hidung aku sendiri. So..sampai sekarang ni hubungan jadi janggal. Aku tak tahu apa nak jadi sekarang and apa yang akan jadi dengan hubungan kitorang.

   Aku buat blog ni sebab nak dia paham yang, kalau tentang yang aku cakap aku suka dia tu, aku dah lupakan. Aku memang neutral gila sekarang ni. Benda tu jadi beberapa bulan lepas, dan aku ni memang tak fikir panjang masa tu. And aku pun dah dapat pengajaran "Never say love to your friend".

   So..tu jela yang aku nak cerita dan kongsikan dalam entry kali ni..kalau sesiapa yang bosan dengan cerita ni..harap maaf la..sebab aku dah cakap awal-awal yang ini tentang aku,pengalaman aku. Thanks sebab sudi baca dan lain kali aku sambung.....Salam =)

Monday, March 26, 2012

|| Aku ||

     Salam semua. Selalu aku kongsi dengan korang (yang baca jela) tentang cerita aku. Kali ni aku tergerak untuk berkongsi cerita tentang diri aku sendiri. Semua ni bermula apabila ramai yang mula kata "tak kenal aku" , "itulah kau.." dan sebagainya. So, dalam ruangan kali ni, aku just kongsi tentang siapa aku dan kenapa perangai aku macam ni.

     Dulu, aku jenis yang hidup dalam dunia aku sendiri. Hal orang malas aku nak amik tau. Aku enjoy dengan game aku, balik rumah terperap je dalam rumah. Sampai la 1 hari, semuanya berubah. Aku terpaksa pikul 1 tanggungjawab besar yang tak pernah aku impikan untuk budak sebaya aku. Masa tu umur aku baru 14 tahun. Sejak hari tu, aku berubah...tak lagi budak2 walaupun sepatutnya umur macam tu, tak salah untuk aku berperangai kebudak-budakan. Aku banyak diam, tak bergaul. Senang cerita, sampai satu tahap tu aku jadi ANTI SOSIAL.

     Bila aku mula masuk sekolah teknik, mak aku pesan..bergaul la. Aku dah lupa cara bergaul. Aku tak reti bergaul. Aku mula belajar bergaul supaya orang boleh terima aku. Dari pendiam, aku berubah dengan cara suka bergurau. Mula2 aku tak pandai bergurau, sampai ramai orang panggil aku budak gila. Tapi lama2, aku mula tau cara bergurau..dan aku terapkan dalam diri aku yang aku seorang yang suka bergurau.

     Dan disebabkan aku pendiam dulu, aku jarang senyum. Aku senang malu bila orang tegur aku, Siyesly cakap, pemalu aku boleh kalahkan malunya perempuan. Dan aku sedar, bila aku tak senyum, orang ramai tak kan rapat dengan aku. Diorang akan jauhkan diri. Dan aku yakinkan diri aku yang aku ni jenis yang suka senyum.

     Dan Alhamdulillah. Sampai ke hari ni, orang kenal aku sebagai seorang yang suka senyum dan selalu bergurau. Aku ada kawan baik. Aku ada teman ketawa. Orang ramai anggap aku jenis 'happy-go-lucky'. Dan ada juga teman2 yang berharap dan percaya dekat aku. Sampai ramai yang luahkan perasaan dan rahsia diorang kat aku.

     Tapi aku tak perasan, masalah mula timbul dengan sikap yang aku tanam ni........

     Aku bukan semula jadi pandai bergurau. Sebab tu kadang2 gurauan aku menyakitkan orang. Ada yang tak dapat terima gurauan aku. Aku mintak maaf...tak pernah terlintas pon kat dalam hati aku nak menyakitkan hati orang. Dan ada juga yang mengangkap aku jenis tak serius. Memang aku selalu bergurau, tetapi aku juga manusia macam orang lain...aku juga akan serius. Tapi aku tak suka tunjukkan serius aku dekat orang sebab kalau korang nak tau, sikap serius seseorang akan mematikan perasaan gembira orang lain. Bagi aku, serius adalah kasi komitmen pada satu-satu perkara. Bukan serius dalam mood.

     Orang akan selalu nampak aku senyum. Tapi aku pun ada kesedihan aku sendiri yang aku tak kongsi dengan orang. Sebab salah satu prinsip aku : aku tak suka menyusahkan orang. Tak perlulah aku cerita apa kisah sedih aku. Tapi percayalah, sebalik senyuman ni ada duka. Aku bukan sentiasa rasa happy.

     Lastly...aku pemalu. Dan bila aku kata aku pemalu kat orang, orang takkan percaya. Cuma aku nak bagitau kat sini, sikap pemalu aku macam perempuan. Kalau ada antara anda semua yang tengok aku buat something selamba je, jangan percaya sangat. Aku cuma ketepikan sikap malu ni sebab nak cari keyakinan diri. FYI, aku xbrani berdiri depan orang ramai dan berucap, even kalau aku buat presentation pun aku sangat2 malu. Tapi aku latih diri aku untuk kawal perasaan. So aku beranikan diri buat something yang memalukan.

     Aku bukan cerita semua ni untuk nampak kan yang aku ni cool, hebat, or bagus sangat. Aku tulis tentang aku ni dengan jujur. Sebab ada seseorang yang kecewa dengan perangai aku. Dan aku tak mampu nak jelaskan pada dia. So aku tulis cerita kali ni supaya dia kenal perangai aku,,,,dengan ikhlas,aku tak ada niat nak berbangga diri......Assalamualaikum

Sunday, February 19, 2012

|| Kecik Molek Itu Dulu ||

Salam. Setelah sekian lamanya aku tak update blog ni. Dah bersawang dah.
Kali ni aku nak kongsi sikit gambar2 masa aku kecik dulu. Tetiba plak jumpa gambar2 lama ni.
So aku pun guna la scanner purba aku tu. So kualiti gambar ni tak lah sehebat kamera gedabak sekarang ni..





Kat sebelah kiri ni gambar family aku masa tahun 1995 or 1996. Masa ni arwah abah ada lagi. Maaf la ye gambar kurang memuaskan. Gambar lama la katakan.. ^_^





Ni pulak gambar aku dengan akak aku. Banyak gambar dengan dia jela...tak tau apsal..
=_='





Gambar ni pulak diambil dalam tahun 1994. Dah lama. Untuk pengetahuan sape2 yang tau jalan2 kat Melaka ni. McDonald ni adalah McDonald dalam The Store kat Bandar Melaka. Wujud lagi McDonald ni..walaupun bangunan The Store tu makin buruk. Haha


Lastly, macam selalu la. Thanks sebab sudi luangkan masa. Sekali lagi aku nak bagitau. Blog ni bukan untuk mencapap. Tapi cuma ruang untuk aku berkongsi pengalaman dan cerita aku. Thanks ye sebab singgah =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...