Thursday, November 25, 2010

..DULU..KINI...AKAN DATANG...SELAMANYA...

     Hai...setelah sekian lama tak meng'update' blog ni,muncul jugak cerita dari aku. Kali ni aku cerita berdasarkan apa yang terlintas kat pala otak aku ni. Sebab buku nota aku tertinggal...huhuhu...selalu aku tulis rahsia2 dan cerita sulit kat situ. Ok la...tajuk kali ni 'Dulu,Kini,Akan Datang dan Selamanya..'


     Macam bese la kan,aku cerita ni berdasarkan apa yang aku rasa. Kalau ade sape2 yang terasa,tu bukan tanggungjawab aku..huhu. Mula cerita....


     Aku mula tirlintas nak bercerita tentang tajuk ni setelah aku terbaca wall post seorang jiran lama aku yang aku dah lama tak jumpa,sebab dia dah berpindah ke tempat lain. Ayat dia berbunyi gini tau. "...rindunya aku kat masa lampau. Macam mana aku masa lepas ek?"


     Ayat dia buat aku pikir sejenak..macam mana ek aku masa lepas..? Penting untuk kita ingat setiap kejadian lalu yang kita hadapi sebelom ni,bukan untuk menyakitkan hati,tapi untuk mengingatkan kita akan kesilapan dan perbuatan kita yang lalu,supaya kita tak ulangi apa yang pernah terjadi. Sebab aku pernah jumpa manusia yang merasa kesakitan akibat perbuatan orang lain,tapi malangnya,dia tak ingat pasal sume tu...sebab dia akhirnye menyakiti orang lain dengan melakukan perbuatan yang sama. So penting ok untuk ingt sume tentang masa lalu. Janganlah selalu nak kenang balik..kalau aku pon aku menyampah...sebab banyak sangat kenangan pahit..just kadang2 untuk mengingatkan diri kita.


     Ok..itu cerita tentang DULU..sekarang masuk bab KINI. Kini bermaksud sekarang... Apa yang korang ada,korang miliki,korang lakukan adalah hasil daripada perkara dulu. Kalau korang hepi sekarang,korang patut syukur..masa lepas korang berlalu dengan baik. Bagi mereka yang tak hepi,jangan putus asa...pikirkan kembali apa yang korang lakukan pada masa lepas yang menyebabkan korang tak hepi.


     Akan datang merupakan perkara paling penting untuk kita pikirkan. Segala apa yang kita lakukan pada masa lepas dan sekarang,akan bagi effect ke atas masa akan datang. Daripada pengalaman aku sendiri. Manusia sekarang hanya pentingkan kegembiraan masa sekarang. Dia tak kisah sakitkan ati orang,tak kisah orang benci dia,tak amik peduli teguran orang...asalkan dia hepi sekarang. Tapi tak kan dia tak pernah pikir,apa akan jadi pada masa akan datang? Dia pasti ke dia akan hepi nanti? Kalau dah ramai sangat orang yang benci dia yg dia kumpul mula sekarang,pada masa akan datang pasti makin ramai...dan aku pasti akan ada yang akan kenakan manusia macam ni. Adoi manusia,,pikirkan la untuk jangka masa panjang sikit..jangan tau nak hepi je. Tak kisah ape pandangan orang konon..jangan sampai orang ramai pulaukan anda,baru nak nyesal. Pikir dulu sebelom lakukan sesuatu perkara..otak jgn letak kat pala lutut.


     Dan akhir sekali,selamanya...selamanya kat sini tak bermaksud di dunia. Bayangkan la...kalau kita nilai balik kejadian lampau,then kita baiki kesilapan sekarang,idup kita akan baik pada masa akan datang...bila sume tu terjadi...bukan ke bermaksud kita sedang mengelak daripada lakukan dosa?? so bila dosa kita elak....tak ke senang idup kita kat akhirat yang kekal selamanya nanti? Tp pastikan ibadah kne jaga la...


     So..kesimpulannya...dulu,kini,akan datang, dan selamanya tu saling berkait...just kita patut nilai perbuatan kita,then janji dalam diri jangan ulangi perkara silap...pasti kita akan hepi. Aku ngaku yang aku pon kurang dalam sesetengah perkara...dan aku sendiri pon sentiasa nilai balik apa yang aku buat dulu...cuba la ye...


Huhu...tu je la kot buat masa ni...padahal sebenarnye aku nak bercerita...ni bukan cerita,tapi nasihat...huhuhu...len kali la aku cerita k?? Adios.....

Wednesday, November 3, 2010

Puisi Rahsia...

Salam...ari ni,aku akan bercerita lagi. Tapi kali ni bukan dalam bentuk karangan macam biasa yang aku tulis. Tapi kali ni dalam bentuk puisi or sajak ciptaan aku sendiri..ada sebab napa aku tulis sajak ni...yang aku bagi nama,PUISI RAHSIA..

Nun disana aku menanti,
Ombak sayup memecah sunyi,
Ruang hatiku yang hampir mati;

Aku cuma insan biasa,
Muhamad Muzammil diberi nama,
Ingin menyampaikan puisi cinta,
Rentetan hatiku sebagai cerita,
Akan ku kongsikan dengan semua.

Hati yang suram bertemu cinta,
Adakah cuma bermadah sahaja?
Fikiran,akal,dan hati tebuka,
Inilah suratan ketentuan-NYA.
Zahirlah perasaan,hati dan jiwa,
Akan cuba untuk memilikinya;

Kemana saja aku pergi,
Engkaulah sahaja sentiasa dihati.
Mana mungkin kau dilupai,
Benci dan dusta jauh sekali.
Akan ku jaga hubungan suci,
Lantaklah orang,tidakku peduli!
Ini janji datang dari hati,
Luahan dari pencintamu ini.
Air wajahmu seakan mengerti,
Hilanglah wasangka yang mendiami diri.

Allah izinkan kita bertemu,
Keramatlah 18 Jun yang lalu,
Utara Malaysia tempat dituju.

Mulalah kisah kita bersama,
Engkau penawar bagi segalanya,
Niat bersama untuk selamanya.
Akan tetapi bala menjelma,
Nama ku kini hilang dijiwa,
Tipu dusta mula menjelma.
Ingatan mu terhadapku sudah tiada,
Melukakan hatiku perkara biasa.
Untukmu...aku pergi jua.

Sekian sahaja nukilan dariku,
Akanku tempuh jalan berliku.
Yang lepas ku biarkan berlalu,
Aku menunggu peluang yang baru.
Niatku sama..seperti dahulu.
Gunakan akal,fahami hasratku..

~SEKIAN~

Sunday, October 31, 2010

Cerita Aku 1

Salam..sebenarnya aku nak cerita tentang benda lain hari ni. Tapi benda tu ley tunggu kot. Aku nak bercerita tentang diri aku hari ni. Apa yang aku rasa,apa yang aku alami...aku cerita kat sini,sebab aku nak luahkan pe yang aku pendam..bukan untuk mengutuk or perli sape2.

Aku sekarang dalam dilema. Tak tahu apa nak buat. Dulu,aku seorang lelaki yang sangat susah untuk titiskan air mata,bukan nak berlagak..tapi aku berusaha kuat untuk keraskan hati aku untuk tidak menangis. Untuk tujuan tu,aku tukar sifat aku daripada orang yang pendiam,kepada seorang yang memekak..ha3..orang yang sangat2 suka untuk bergurau. Sebab aku taknak lagi hidup dalam kesedihan,dan aku taknak orang sekeliling aku sedih. So aku berubah la jadi seorang periang..happy-go-lucky..dan sangat2 suka bergurau dan menyakat orang lain. Pada mulanya tersangat la susah nak berubah gini. Sebab aku tak pandai bergaul. Aku ingat lagi ada orang pernah panggil aku gila,annoying.. Time tu aku rasa down giler. Tapi aku teruskan lagi berusaha. Dan akhirnya ada juga manusia yang menyenangi dengan cara aku ni. Bila ada orang sedih,aku akan cuba riangkan hati dia. Bila ada orang sakit,aku cuba untuk ambil berat kat dia...sampaikan ada orang cakap aku ada hati kat dia bila aku ambil berat...ha3...jangan marah ok kalau anda membaca ni...bukan nak perli,tapi aku cuma nak bercerita.

Sehingga sekarang,aku pernah bercinta sebanyak 8 kali. Tapi sumenye tak kekal. Malang tol nasib aku..ha3. Tapi aku teringin nak bercerita tentang percintaan aku yang ke-8 ni. Sebab dengan dia,banyak merubah hidup aku. Aku mula melihat dia ketika aku buka MYSPACE kawan aku. Aku lihat gambar dia sedang tersenyum..sangat manis. Aku suka tengok senyuman dan mata dia. Aku pun terus call kawan aku ni dan cakap aku nak berkenalan dengan dia. Dia cakap ok,nanti dia bagi nombor telefon perempuan ni. Nampak bodoh,tapi bagi aku masa tu..aku cuma nak berkenalan je..tak terpikir pon nak bercinta. Sebab aku tau,halangan utama aku ialah kitorang sangat2 jauh. Masa berlalu,dah berbulan aku tunggu. Nombor telefon dia tetap aku tak dapat lagi. Aku pon call la kawan aku tu suatu hari. Aku tanya dia nombor tersebut,selamba je dia cakap dia lupa..ha3..sengal tol. Aku dapat nombor tu time tu jugak. Then,aku tanya kawan aku tentang si dia ni..dia amik kos yang sama dengan aku,cuma uitm yang berbeza. Kebetulan malam tu malam sebelum final exam subjek ekonomi. Aku hantar mesej yang simple dan ringkas yang berbunyi "gud luck exam ekonomi sok"...then aku sambung study. Tetiba je dia call,terkejut aku! Dia tanya sapa aku,aku jawab la dengan jujur nama aku yang sebenar. Then aku tambah yang kitorang sama kos,tapi lain2 kelas..ha3..esoknye,aku dengar yang dia betol2 cari aku kat uitm dia. Malam lepas exam dia call balik,dia cakap aku tipu. Aku tanya la dia aku tak tipu. 'Kita memang sama kos,tapi lain2 kelas'...kata aku. Rupanya kat uitm dia cme de 1 je kelas kos ekonimi..ha3...kantoi...kawan aku lupa nak bagitau la tu. Then aku jawab la..yang memang betol kita 1 kos..tapi kelas lain2. Awak kat kelas kat UITM PERAK dan saya kat UITM SHAH ALAM...he3...dia pon redha je..lawak tol.

Hari berganti hari,bulan berganti bulan...masa terus berlalu. Daripada tak kenal,kami mula kenal. Daripada biasa,kami terus rapat. Hati aku mula terbuka kat dia sebab kami ada banyak persamaan..sangat2 banyak. Aku suka dengar dia ketawa,aku suka tengok dia senyum. Sampailah suatu hari,aku mintak couple dari dia. Dia jawab,aku kena datang jumpa dia kat utara tanah air. Dia nak tau aku siyes or tak. Aku amik masa hampir 7 bulan untuk jumpa dia. Akhirnya kami berjumpa. Aku ingat lagi segala butir2 hari tersebut. Masa mula2 nampak yang dia betul2 depan mata aku,badan aku mula mengigil. Aku tak boleh bergerak sebab terlalu gigil. Kawan aku nampak aku gigil,dia tergelak. Bila aku pandang je si dia,dia main angkat2 kening kat aku..ha3..nak tergelak aku,tapi tak boleh gelak...sebab terlalu segan. Aku decide untuk duduk jauh sedikit dari si dia. Aku banyak berdiam..sebab ni perjumpaan kami yang pertama. Tapi celaka tol,kad ATM aku kena telan masa aku ondaway nak pergi dekat dia. So aku jumpa dia tanpa 1sen pon. Then aku ajak dia cari ATM sebab aku nak transfer duit aku guna MAYBANK2U. Masa berjalan gi cari ATM,aku tengok dia jalan...peh..laju giler..aku jalan slow2 dan amik kamera aku. Pe lagi,aku snap la gambar dia dari belakang..ha3..tetiba dia toleh belakang...malu giler aku. Sampai je kat ATM,aku lupa yang aku tak buat lagi nombor pin,so aku tak ley transfer duit kuar dari akaun aku. Dengan hampa aku ajak dia gi kat tempat kami jumpa tadi. Dalam perjalanan,aku tekad untuk tanya dia soalan yang dah lama aku pendam. Aku mintak couple dari dia.
"Awak..awak terima saya ke tak?",tanya aku.
"Awak agak2?",balas dia.

Peh..dia main teka-teki pulak. Aku dah segan ni sebab jadi jiwang. Nak je aku jawab 'ya'..tapi orang kata,low profile.
"Tak kot.." aku sengaja jawab dengan nada sedih..

Then dia berhenti berjalan,aku ingat sampai sekarang gaya dia berpaling pandang aku serta nada dia menjawab.."yela...saya terima". Kalau nak ikutkan hati aku,rasa nak berlari keliling tempat tu sambil menjerit 'YES!!!!' ha3..aku cuma tersenyum. Segala jenis gigil terus hilang. Babak2 seterusnya terlalu indah sampai aku tak tau nak buat ayat...so aku skip jela k??

Itu sume cerita aku yang ibarat mimpi. Hanya untuk hampir 3 bulan. Kalau dalam cerita ADAMAYA,Maya terima Adam sebagai suami dia pada bulan ke-3 perkahwinan diorang. Tapi cerita aku dan dia,kami berpisah pada bulan ke-3 kami bercinta. Aku sedih bila aku kehilangan dia. Tanpa aku sedar,aku sendiri mula berubah. Aku banyak termenung,aku jadi senang untuk titiskan air mata. Aku pasrah dia tinggalkan aku. Tapi mustahil aku dapat lupakan dia. Sepanjang masa aku berharap agar dia kembali kepada aku. Tapi apakan daya,pada pandangan aku,aku makin hilang dalam diri dia. Kami dah tak serapat dulu,dah tak gembira seperti dulu. Dan paling penting,ada orang lain mula cucuk jarum...AKU BENCI KATAK..ha3..sekarang aku dalam dilema...aku tak tahu apa patut aku buat. Mustahil aku dapat lupakan dia. Aku buat keputusan untuk terus menunggu. Tapi aku tak pasti,adakah kukuh hati aku nanti kerana sepanjang masa dia cuba hancurkan..yang pasti,aku tenanti2 peluang ke-2......wassalam....

Thursday, October 28, 2010

-ADAMAYA-


"...kau menyentuh pintu hatiku,
                        tanpa sedar hingga ku izinkan..."

Ni antara bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tema drama yang agak popular,YANG TERINDAH(Adamaya). Aku rasa mesti korang sume dah tengok kan? Malam tadi je,dah dekat kali ke-10 aku ulang tengok..ha3.. Ok,kali ni aku bukan nak cerita tentang jalan cerita yang terdapat dalam drama tu. Tapi aku nak bercerita tentang katitan antara aku dengan cerita ADAMAYA.

Masa cerita ni disiarkan di TV3 dulu,sekali pon aku tak penah tengok..walaupun untuk sesaat. Aku mula tau tentang cerita ni masa ada seseorang menghantarkan SMS yang mengandungi bait-bait lirik yang aku taip awal-awal tadi..katanya ayat tu ditujukan untuk aku...hu3..walaupon cuma 2 baris ayat ayat,tapi cukup bermakna kot... Si dia yang bagi aku lirik ni penah tanya aku time tu,yang aku tengok ke tak cerita ni? Aku jawab la yang aku tak pernah tengok. Dia cerita la kat aku yang drama ni best. Aku pon iyekan la...ha3..padahal dalam hati macam tak nak tengok. So ada la 1 hari tu,dia dapat cerita ADAMAYA siri penuh daripada teman lama dia,then lepas tu,asal aku call dia je,dia mesti tengah tengok cerita tu.

Beberapa bulan lepas,aku ke Penang untuk berjumpa dengan si dia ni. Aku ingat lagi tarikh tu....18 JUN 2010. Mana boley aku lupa,sebab pada tarikh tu la aku dapat 2 benda yang sangat2 best...cerita ADAMAYA dan jugak 'Maya' dalam hidup aku. Ok...lepas aku balik rumah,aku tetap tak tengok cerita ni,sampai la satu hari ytang aku terasa bosan,aku ingat nk tengok movie dalam lappy aku ni. Then aku teringat la yang aku ada cerita yang jiwang yang aku tak tengok lagi. So aku ingat nak buang masa sikit,so aku pon tengok la. Peh...amik kau...sekali aku tengok...trus melayan. Sampai 2 hari aku tak cukup tido! Semata2 tengok cerita ni. Kadang sampai aku ter-EMOSI siket...hahaha. Tapi kalau korang nak tau,masa 1st time aku tengok cerita ni,aku cume kenal SEIN je...sebab aku minat kumpulan Ruffedger dari dulu. Yang pelakon utama lain,langsung aku tak kenal. Tapi sekarang tetiba dah jadi peminat LISA SURIHANI...hahaha...sebab dia comel sesangat!!

So sepanjang masa ni,dah banyak kali la aku ulang tayang cerita ni..sampaikan aku dah boley hafal kot certain2 dialog dia... 'Maya' aku pon minat gak cerita ni,kadang2 tetiba je dia sebut dialog2 yang tedapat dalam drama tu kat aku..contohnye,masa babak Maya ajak Dani kawin dalam episod 2. 'Maya' aku akan cakap kt aku "B! U sayang I ke tak B?" lepas tu dia akan sambung "..kalau u xsanggup nk jumpa mama denang papa i,diorang dah ada calon untuk i kain hujung bulan ni!"  hahahaha...comel giler dia time tu. 

So,cerita ni banyak mengingatkan aku tentang si dia. Walaupon aku sedia maklum yang realiti ni tak sama macam drama,tapi aku still lagi mengharapkan ending yang sama...huhuhu.. Peh...panjang giler plak aku tulis. K la...kang korang bosan plak. So..ni la cerita dari aku,Warmuz, buat masa ni.. Thanks ya sebab luangkan masa membaca.....adios..

Tuesday, October 26, 2010

Pelancaran 'WARmuz_Cerita Aku'

Salam..Akhirnya ciap jugak 'WARmuz_Cerita Aku' ni. Hu3..susah jugak nak buat benda alah ni. Ruangan ni aku sediakan sebagai tempat untuk aku bercerita,tempat aku luahkan ape yang aku rasa,dan apa yang aku lihat. Harap kalau ada sebarang cerita dalam ni nanti yang akan melukakan seseorang,harap diamaafi ;-). Thanks kat member2 aku yang support aku untuk mulakan blog ni. Thanks kt Saiful Jamil sebab bagi aku pinjam broadband dia sebab broadband aku rosak...hahaha..thanks kt Naz Azman sebab paksa aku buat benda alah ni. Hope korang sume support aku la ye. And blog ni still lagi dalam baik pulih..xlengkap lagi pon. Maybe dalam bulan DISEMBER nanti akan lengkap la page aku ni...huhu..thanks sbb luangkan masa ntuk kali ni...chow!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...